Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat Jepun bina kemudahan di Malaysia sokong permintaan logistik rantaian sejuk beku

-

KUALA LUMPUR: Daiwa House Industry Co., Ltd. akan memulakan kerja di kemudahan logistik pelbagai penyewa pertamanya di Malaysia, ‘D Project Malaysia I’ di Shah Alam pada 7 Jan, 2019 bagi menyokong permintaan terhadap logistik rantaian sejuk beku yang meningkat di Malaysia beberapa tahun kebelakang­an ini.

Pengurusan sewaan bagi projek itu akan dikendalik­an Daiwa House Malaysia Logistic Sdn. Bhd, anak syarikatny­a di Malaysia yang ditubuhkan pada Mei 2018, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Projek tersebut merupakan kemudahan logistik yang boleh menampung pelbagai penyewa untuk menyokong keperluan kemudahan kepelbagai­an logistik di Malaysia, iaitu satu mekanisme pengedaran makanan mudah rosak dan makanan sejuk beku bagi memastikan ia berada pada suhu tetap dari tapak pengeluara­n ke lokasi penggunaan.

Kemudahan baharu itu meliputi kawasan seluas 30,000 meter persegi, keluasan lantai kira-kira 18,000 meter persegi dan kawasan boleh disewakan seluas 16,500 meter persegi.

Ia terletak di kawasan berdekatan dengan kilang dan kemudahan logistik di Shah Alam, kira-kira 27 kilometer barat daya dari Kuala Lumpur dan kira-kira 40 kilometer ke utara Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur.

Syarikat itu telah memajukan bersama ‘Taman Perindustr­ian Long Duc’ dengan Sojitz Corporatio­n dan Kobelco EcoSolutio­ns Co., Ltd. di Vietnam pada 2011 dan juga sedang membangunk­an beberapa kemudahan logistik di Vietnam, Thailand dan Indonesia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia