Utusan Borneo (Sabah)

Pemegang saham Sapura Energy hadapi undi penting meraih dana

-

KUALA LUMPUR: Hari ini, pemegang saham Sapura Energy Bhd akan diminta membuat keputusan berhubung beberapa resolusi penting pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) syarikat berkenaan, dengan yang paling utama ialah kelulusan untuk terbitan hak bagi meraih RM4.0 bilion.

Usaha suntikan dana itu dijangka memberikan nilai lebih baik kepada pemegang saham dan membawa syarikat berkenaan kepada keuntungan di tengah-tengah peluang yang lebih baik untuk berkembang.

Ringkasnya, syarikat berkenaan bercadang menggunaka­n dana yang akan dikumpul untuk mengurangk­an kirakira RM16 bilion hutangnya dengan bank dan membolehka­n ia mempunyai fleksibili­ti kewangan yang lebih baik selain lembaran imbangan yang lebih kukuh.

Apabila Sapura Energy berjaya meraih dana yang sangat diperlukan itu, ia akan dapat menjimatka­n kira-kira RM174 juta setahun untuk bayaran faedah pinjaman dan mengurangk­an tahap kadar hutang kepada 0.94 kali.

Terbitan hak itu juga akan meningkatk­an bilangan saham syarikat kepada 15.98 bilion saham daripada 5.99 bilion saham, dengan pengembang­an selanjutny­a kepada 19.37 bilion saham apabila saham keutamaan boleh tukar boleh tebus Islam (RCPS-i) syarikat berkenaan dan waran percuma diubah sepenuhnya.

Permodalan Nasional Bhd (PNB), yang secara kolektif memegang kira-kira 12 peratus Sapura Energy pada masa ini, menyatakan bahawa ia akan melanggan sepenuhnya haknya dan diberikan aku janji membeli lebihan saham yang tidak diambil sehingga kepada jumlah yang akan dipersetuj­ui kemudian.

Ini mungkin memberikan keputusan yang mana Kumpulan PNB mempunyai pegangan sehingga 40 peratus selepas terbitan hak itu dan muncul sebagai pemegang saham tunggal terbesar. Dalam hal ini, pemegang saham juga akan diminta untuk mengundi bagi pengecuali­an untuk Kumpulan PNB dan kumpulan yang bertindak bersama daripada melaksanak­an ambil alih mandatori Sapura Energy pada EGM berkenaan.

Walaupun perkara ini dilihat sebagai mengurangk­an nilai saham dalam kalangan pemegang saham, Credit Suisse dalam analisisny­a baru-baru ini mengatakan bahawa, ia menjangka Sapura Energy akan mencipta nilai dengan langkah untuk pemegang saham diberi ganjaran dalam jangka panjang.

Credit Suisse juga menyifatka­n lembaran imbangan yang lebih baik akan membantu merangsang kebolehlar­asan Sapura Energy pada masa depan.

Dalam laporang bebasnya, Mercury Securities Sdn Bhd, menyebut kesan keseluruha­n terhadap cadangan terbitan hak itu dijangka positif kepada Sapura Energy.

Ramalannya adalah, Sapura Energy berkemungk­inan kembali untung pada tahun kewangan berikutnya memandangk­an usaha meningkatk­an modal akan disusuli dengan kerjasama anak syarikat penerokaan dan pengeluara­nnya, Sapura Upstream Sdn Bhd dengan OMV AG dari Austria dan di tengah-tengah lebih banyak kontrak akan diperoleh di seluruh dunia

Sehingga hujung November 2018, nilai perolehan kontraknya adalah RM18 bilion dengan prospek untuk mendapat lebih banyak, termasuk pencapaian terkininya untuk dipilih menyertai program Perjanjian Jangka Panjang Aramco dari Arab Saudi untuk kerja kejurutera­an, pemeroleha­n, pembinaan dan pemasangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia