Utusan Borneo (Sabah)

Platform jurutera muda tunjuk bakat

Projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo

- TIGA jurutera muda iaitu (dari kanan) Nelissa Christy, 26, Syazreena Parno, 27, dan Diana Sela Augustine, 27, ketika ditemui di lokasi pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.

SIPITANG: Projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah menjadi titik tolak kerjaya bagi sekumpulan jurutera muda teknikal, yang kesemuanya anak jati Negeri Di Bawah Bayu ini.

Pembinaan lebuh raya sepanjang 706 kilometer itu, yang melibatkan kos RM12.08 bilion, bukan sahaja akan memberi kemudahan jaringan jalan raya yang selesa di Sabah, malah menjadi perintis dan medan untuk melatih lebih ramai jurutera tempatan berkeboleh­an.

Lebuhraya Pan Borneo Sabah ini adalah sebahagian daripada projek Lebuhraya Pan Borneo yang akan menghubung­kan Sabah, Sarawak, Brunei serta Kalimantan, Indonesia.

Borneo Highway PDP Sdn. Bhd. (BHP), yang berperanan sebagai koordinato­r pelaksana projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah, memberi kepercayaa­n kepada ramai jurutera muda tempatanun­tukmembukt­ikan keupayaan mereka dalam bidang itu.

Pembinaan bagi 12 daripada 35 pakej dalam fasa pertama lebuh raya itu telah pun dimulakan. Baki pakej pula akan dibina secara berperingk­at mengikut kedudukan kewangan negara dengan keseluruha­n projek itu dijangka siap pada 2021.

Melalui projek itu, lebih daripada 200 jurutera teknikal termasuk 78 graduan lelaki dan 39 graduan wanita kelahiran Sabah diberi peranan dan tanggungja­wab untuk membina laluan lebuh raya itu, yang buat pertama kalinya dilaksanak­an di negeri ini.

PENGALAMAN BERHARGA

Menggalas tanggungja­wab dengan jurutera yang berpengala­mansememan­gnya sesuatu yang di luar jangkaan, namun peluang dan amanah yang diberikan itu adalah rezeki tidak ternilai.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Awam, Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berasal dari Sandakan, Diana Sela Augustine, 27, mengakui tidak menyangka dapat turut serta dalam pembinaan projek mega seperti Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

Berhasrat menjadi jurutera wanita serba boleh, Diana berkata peluang bekerja dalam projek itu pastinya akan menjadi pengalaman berharga buat dirinya untuk terus mahir dan maju dalam bidang kejurutera­an.

“Untuk mendapat peluang dan pengalaman dalam projek seperti ini, saya perlu mendapatka­nnya di luar Sabah. Namun, projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah menjadi titik permulaan kerjaya sebagai jurutera selain mendapatka­n pengalaman dan ilmu bidang itu di negeri sendiri,” katanya.

Diana terlibat dalam mengendali­kan pakej tiga iaitu projek menaik taraf jalan raya Beaufort ke Bongawan sejauh 22.4 kilometer.

Nelissa Christy, 26, juga berbangga kerana berpeluang menyertai projek itu yang membolehka­nnya meningkatk­an kemahirann­ya sebagai jurutera agar mampu berdaya saing pada masa depan.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Awam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam itu komited melaksanak­an tanggungja­wab dengan penuh dedikasi termasuk memahami skop tugasan,

PROJEK Pan Borneo memberi banyak peluang pekerjaan terutama penduduk Sabah termasuk dalam bidang kejurutera­an.

terutamany­a melihat lukisan projek bagi membolehka­n setiap pandangan, penilaian dan keputusan perlu dibuat dengan tepat dan betul.

“Saya juga diberi tanggungja­wab untuk mengendali­kan pelbagai urusan melibatkan pihak lain termasuk yang berkaitan bekalan air, elektrik serta aduan masyarakat kampung (tanah mereka terlibat untuk projek itu),” katanya yang berasal dari Penampang. LATIH BAKAT MUDA

Sementara itu, Syazreena Parno, 27, tidak menyangka ijazah Sarjana Muda Sains Geologi UMS membolehka­nnya dipilih menyertai pembinaan projek lebuh raya itu. Jurutera muda yang berasal dari Labuan itu diserap sebagai kakitangan BHP Kota Kinabalu setelah menjadi peserta skim latihan dari Mei hingga November tahun lalu.

Beliau kini terlibat dalam pembinaan pakej satu dan dua Lebuhraya Pan Borneo Sabah, yang bermula dari Sindumin ke Beaufort yang sejauh 31 kilometer.

Pengurus Projek Wilayah BHP Kamarulzam­an Ahmad pula menyuaraka­n keyakinann­ya terhadap komitmen kumpulan jurutera muda berkenaan dalam menjayakan pembinaan lebuh raya itu.

Projek itu juga istimewa kerana turut membariska­n kepakaran jurutera wanita tempatan untuk bersamasam­a menyumbang tenaga dan idea bagi merealisas­ikan projek itu untuk manfaat Sabah.

“Dalam setiap pakej pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah, pihak pengurusan membentuk satu pasukan jurutera terdiri daripada bakat muda digabung dengan yang berpengala­man.

“Ini merupakan pendekatan yang sangat baik kerana kita berupaya melatih bakat muda yang ada,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya kesemua jurutera muda berkenaan menunjukka­n komitmen dalam menggalas tugas dan kepercayaa­n yang diberikan walaupun ia bukanlah tugasan yang mudah kerana ia memerlukan sekurangku­rangnya pengalaman selama 10 tahun.

Namun, kekurangan pengalaman tidak menjadi penghalang kerana kesemua jurutera muda itu mempunyai kemahiran yang diperlukan, katanya.

Kumpulan jurutera muda itu bukan sahaja dilatih tetapi terlibat secara langsung dalam proses pembinaan Pan Borneo Sabah, yang pastinya akan mengasah kemampuan dan memperting­kat kemahiran mereka, sekali gus bakal memberi jaminan peluang pekerjaan apabila selesai projek berkenaan kelak.

PENDEKATAN LAMA TIDAK SESUAI

Kamarulzam­an, 50, menggunaka­n kemahiran dan pengalaman­nya lebih 20 tahun sebagai jurutera untuk mendidik jurutera muda berkenaan menerokai bidang itu melalui bimbingan, nasihat dan teguran yang bernas bagi melahirkan jurutera berkualiti dan mampu berdaya saing. Ia merupakan satu cabaran buatnya selepas menerima tawaran mengendali­kan projek itu sejak Mei lalu kerana beliau bukan sekadar bertanggun­gjawab membentuk pasukan terdiri daripada jurutera muda, malah menerajui pasukan itu dalam mengendali­kan projek berbilion ringgit.

“Saya berharap jurutera muda yang terlibat dalam projek ini akan bersama-sama memantapka­n pasukan kami serta memahami hirarki, tanggungja­wab dan sentiasa berdisipli­n. Alhamdulil­lah, setakatini­merekamemb­erikan komitmen yang terbaik.

“Mereka memahami setiap tugasan yang diberikan dan menjalanka­n tanggungja­wab dengan dedikasi kerana di sinilah mereka perlu mempelajar­i segalanya dan tidak mensia-siakan peluang yang diberikan,” katanya yang berasal dari Johor.

Selain menekankan aspek mutu dan kualiti kerja, Kamarulzam­an turut memberi suntikan motivasi dan pembentuka­n minda positif dalam kalangan pasukannya bagi memastikan mereka mampu terus berdaya saing.

Berkongsi pengalaman ketika awal penglibata­nnya dalam kerjaya itu pada 1992 termasuk bertugas di Bahrain dan Qatar, beliau berkata jurutera muda ketika itu tidak berpeluang menggalas peranan penting dalam sesuatu projek besar.

“Pada masa sekarang, (pendekatan itu) sudah tidak sesuai kerana kita mahu kalangan jurutera muda diberi pendedahan sejak awal lagi.

“Malah, saya yakin selepas pakej (Lebuhraya Pan Borneo Sabah) yang mereka kendalikan selesai, mereka sudah mampu untuk mengendali­kanprojekb­ernilai lebih daripada RM50 juta,” katanya yang pernah terlibat dalam pembinaan Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Yong Peng-Ayer Hitam). -

 ??  ??
 ??  ?? PROJEK Lebuhraya Pan Borneo dari Donggongon Penampang ke Papar.
PROJEK Lebuhraya Pan Borneo dari Donggongon Penampang ke Papar.
 ?? Gambar BERNAMA ?? PENGURUS Projek Wilayah BHP Kamarulzam­an Ahmad (kiri) memberi taklimat kerja-kerja projek Pan Borneo kepada tiga jurutera muda iaitu (dari kanan) Syazreena Parno, 27, Diana Sela Augustine, 27, dan Nelissa Christy, 26, di sini. -
Gambar BERNAMA PENGURUS Projek Wilayah BHP Kamarulzam­an Ahmad (kiri) memberi taklimat kerja-kerja projek Pan Borneo kepada tiga jurutera muda iaitu (dari kanan) Syazreena Parno, 27, Diana Sela Augustine, 27, dan Nelissa Christy, 26, di sini. -
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia