Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan kaji alternatif lain perluas rangkaian jalur lebar, kata Gobind

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji beberapa alternatif untuk membaiki dan memperluas rangkaian jalur lebar ke seluruh negara bagi membolehka­n rakyat bersedia menghadapi Revolusi Perindustr­ian Keempat (Industri 4.0), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Beliau berkata pihaknya sedang meneliti cadangan beberapa pihak termasuk penggunaan satelit.

“Dahulu kita ada polisi National Fiberisati­on Plan yang merupakan pelan yang memberikan tumpuan kepada fiber. Bagaimanap­un, kalau nak ‘fiberised’ sesuatu tempat, ia akan memakan masa dan kos yang tinggi dan kita lihat memang susah untuk wujudkan satu rangkaian dalam masa terdekat, khususnya di kawasan luar bandar.

“Kerajaan sedang lihat alternatif lain seperti satelit dan kita terima cadangan beberapa pihak yang kita sedang kaji. Kita juga telah nyatakan hasrat untuk menukar pendekatan daripada ‘fiberisati­on plan’ kepada ‘Fiberisati­on dan Connectivi­ty Plan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang ingin tahu langkah yang diambil kerajaan untuk memastikan rakyat menerima khidmat jalur lebar yang lebih baik.

Menjawab soalan Khoo yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang memberikan lesen kepada syarikat lain bagi memecahkan monopoli Telekom Malaysia (TM) dalam industri telekomuni­kasi, Gobind berkata: “Mungkin wujud keperluan untuk kita melihat cara lain bagi besarkan ruang pasaran ini kepada pihak lain.

“Sebenarnya ada rancangan pihak kerajaan, tetapi saya tidak ingin umumkan dalam dewan ini kerana saya rasa elok kalau syarikat itu yang umumkan sendiri berkenaan perkara tersebut,” katanya. -

 ??  ?? GOBIND
GOBIND

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia