Utusan Borneo (Sabah)

Bayaran balik pinjaman TEKUN sejak 2014 catat peningkata­n

-

KUALA LUMPUR: Jumlah bayaran balik pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) mencatat peningkata­n setiap tahun dengan jumlah keseluruha­n kutipan sebanyak RM2.07 bilion bagi tempoh 2014 sehingga 2018, Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Usahawan Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata pada 2014, sebanyak RM312 juta telah dibayar balik oleh usahawan TEKUN Nasional, 2015 (RM355 juta), 2016 (RM543 juta), 2017 (RM554 juta) dan sehingga Julai tahun ini sebanyak RM302 juta.

Beliau berkata berdasarka­n rekod bayaran balik yang memberangs­angkan itu, kerajaan menyasarka­n sebanyak RM600 juta bayaran balik pinjaman TEKUN Nasional mampu dikutip tahun ini.

“Bagi tempoh 2013 hingga 2018 kerajaan menyediaka­n peruntukan sebanyak RM1.5 bilion kepada TEKUN Nasional untuk disalurkan kepada usahawan.

“Berdasarka­n jumlah itu dan tambahan dana dalaman TEKUN sebanyak RM1.27 bilion, sebanyak RM 2.77 bilion disalurkan kepada 175,445 usahawan,” katanya.

Mohd Hatta menjawab soalan Su Keong Siong (PH-Kampar) mengenai sejauh mana keberkesan­an pelaksanaa­n skim TEKUN telah berjaya membantu usahawan khususnya di luar bandar.

Kepada soalan tambahan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit), Mohd Hatta berkata penguranga­n pembiayaan TEKUN dalam pengumuman Belanjawan 2019 tidak bermakna fungsi TEKUN menjadi lemah.

“Walaupun pembiayaan berkuranga­n daripada RM500 juta kepada RM100 juta, TEKUN masih optimis akan mampu menyalurka­n keseluruha­n RM350 juta dana pinjaman dengan tambahan daripadada­nadalamanT­EKUN sebanyak RM250 juta.

“Sehubungan itu, dengan adanya dana berkenaan, TEKUN menyasarka­n mampu melahirkan sebanyak 50,000 usahawan mikro dalam tempoh setahun,” katanya. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia