Utusan Borneo (Sabah)

Penerbit ‘Star Wars’ mahu suara baharu filem waraskan semula dunia

-

PENERBIT ‘Star Wars’ Kathleen Kennedy barubaru ini menerima anugerah pencapaian sepanjang hayat daripada penganjur anugerah Oscar dan berkata dia berharap ia akan membuka pintu bagi suara baharu dalam industri perfileman yang “mungkin dapat mewaraskan semula dunia”.

Diberi penghormat­an bersama penerbit dan suaminya Frank Marshall, Kennedy merupakan wanita pertama yang menerima anugerah tahunan Irving G. Thalberg daripada Academy of Motion Picture Arts and Sciences.

Pada 2012, Kennedy menjadi presiden LucasFilm, yang menghidupk­an semula drama sains fiksyen dan menerbitka­n filem-filem bernilai berbilion dolar ‘Star Wars: The Force Awakens’ dan ‘Star Wars: The Last Jedi’ yang telah menjadikan­nya salah seorang eksekutif paling berkuasa di Hollywood.

“Saya sangat bangga untuk menjadi wanita pertama yang menerima anugerah ini. Namun saya juga bukan orang pertama yang berhak menerimany­a dan saya 100 peratus pasti saya bukan orang terakhir,” kata Kennedy yang menerima tepukan gemuruh di satu gala makan malam yang dihadiri ramai eksekutif studio dan pengarah serta pelakon terbesar di Hollywood.

Kennedy dan Marshall menubuhkan Amblin Entertainm­ent bersama pengarah Steven Spielberg pada 1981 dan menerbitka­n filem ‘blockbuste­r’ seperti ‘Raiders of the Lost Ark’, ‘Jurassic Park’ dan ‘E.T.: The Extra Terrestria­l’.

Kennedy berkata usaha baru-baru ini untuk meningkatk­an kepelbagai­an di Hollywood dan memberi watak yang lebih baik kepada wanita di hadapan dan belakang kamera mesti diterima.

“Ia adalah harapan saya agar dengan kemasukan suara baharu yang berpengaru­h ini, kita mungkin dapat mewaraskan semula dunia dan mungkin, mungkin, memecah beberapa siling kaca dalam usaha itu,” kata Kennedy.

Aktres veteran Cicely Tyson, yang akan berusia 94 tahun pada Disember, disampaika­n dengan anugerah kehormat Oscar bagi pencapaian sepanjang hayat, bersama pemuzik dari Argentina, Lalo Schifrin, komposer bagi skor untuk ‘Dirty Harry’ dan ‘Mission: Impossible’, dan pegawai seranta Marvin Levy, yang sudah bekerja bersama Spielberg selama lebih 40 tahun. Tyson yang dilahirkan di New York dan muncul dalam banyak filem, program televisyen dan pementasan, dipuji oleh penerbit rekod Quincy Jones kerana “keanggunan, martabat dan kelas” yang dia pamerkan dan kerana memberi tumpuan kepada watak yang mengetenga­hkan perjuangan warga Afrika Amerika.

Pembuat filem Tyler Perry menyatakan Tyson memulakan kariernya pada 1950 “ketika orang hitam tidak dibenarkan masuk menerusi pintu depan”.

Dia menjadi terkenal kerana membawa watak wanita hitam yang tabah dalam siri TV seperti ‘Roots’ pada tahun 1970an, filem ‘Sounder’ pada 1972 dan lebih baharu ‘The Help’.

“Dia adalah permaisuri bagi kami,” kata Perry. —

 ?? — Gambar Reuters ?? STEVEN Spielberg (tengah) memeluk Frank Marshal (kiri) dan Kathleen Kennedy yang menerima Anugerah Peringatan Irving G. Thalberg semasa majlis 2018 Governors Awards yang diadakan Hollywood, California, AS baru-baru ini.
— Gambar Reuters STEVEN Spielberg (tengah) memeluk Frank Marshal (kiri) dan Kathleen Kennedy yang menerima Anugerah Peringatan Irving G. Thalberg semasa majlis 2018 Governors Awards yang diadakan Hollywood, California, AS baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia