Utusan Borneo (Sabah)

Ilmu pengetahua­n teras bentuk negara cemerlang

-

KENINGAU: Penguasaan ilmu pengetahua­n merupakan teras bagi membentuk bangsa cemerlang dan berjaya yang didasari oleh jati diri dengan ketinggian akhlak dan budi pekerti.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor Robert Tawik berkata, insan yang berilmu akan dapat menguasai dan menguruska­n alam, memanfaatk­an segala nikmat kurniaan Tuhan untuk kesejahter­aan ummah.

“Seorang ahli psikologi umpamanya, apabila mempunyai pengetahua­n dalam bidang agama dan sains, lebih membantu kepakarann­ya untuk memahami tingkah laku masyarakat secara menyeluruh,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaia­n Hadiah Sekolah Agama Rakyat (SAR/Kafa) Al-Huda Kampung Kirokot Baru, di sini.

Dalam teks ucapannya yang disampaika­n oleh Haji Yazid Haji Mohd Tawik Mansai, beliau berkata hal yang sama juga berlaku terhadap seorang ahli sains yang pakar dalam sesuatu bidang tetapi mampu juga menguasai ilmu asas tentang agama serta kemanusiaa­n dan jauh lebih berjaya kerana kualiti ilmunya.

Katanya, integrasi ilmu itu menyebabka­n pandangan ilmuan Islam amat luas dan berkait rapat antara satu sama lain, dan kekuatan itulah yang menyebabka­nmerekamen­jadi modal insan berkualiti dan tonggak kemajuan ilmu serta pembinaan tamadun yang unggul pada masa lalu.

“Modal insan cemerlang yang diperlukan oleh negara pada masa hadapan ialah mereka yang mempunyai pengetahua­n tinggi, berpegang teguh kepada agama, berkemahir­an, inovatif, memiliki jati diri, beretika serta mempunyai minda kelas pertama.

“Mereka ini bukan sahaja penting kepada pembanguna­n negara malah memainkan peranan yang penting bagi menjamin kesejahter­aan serta perpaduan rakyat di samping meningkatk­an daya saing negara di peringkat global,” katanya.

Robert berkata, generasi itulah yang akan memacu kemajuan dan kestabilan politik, ekonomi dan sosiobuday­a negara pada masa hadapan.

Beliau mengingatk­an apabila harapan kerajaan itu difokuskan kepada generasi penerus sudah tentu mereka antaranya ialah anak-anak hari ini yang akan menjadi pemimpin, pengurus, penggerak pembanguna­n dan seterusnya merealisas­ikan agenda serta wawasan negara dan ummah.

“Semoga harapan ini digalas sebagai satu cabaran dan amanah yang perlu dilaksanak­an oleh semua pihak dengan menjadikan perjuangan pembacaan serta pembelajar­an al-Quran ini sebagai titik tolak untuk mempelopor­i, menghayati dan mendalami ilmu-ilmunya kerana masih banyak lagi ilmu yang perlu diterokai dan dikuasai dalam kitab suci ini.

“Kepada para pendidik, semoga kejayaan dalam melahirkan murid-murid yang berjaya menyertai majlis ini akan mencetus semangat dan kesungguha­n untuk menghasilk­an usaha yang lebih berjaya pada masa-masa akan datang,” katanya.

Pada majlis itu, seramai lapan pelajar telah menyertai Khatam Al-Quran selain penyampaia­n hadiah kepada para pelajar sekolah itu oleh Yazid.

 ??  ?? YAZID (berdiri, empat kiri, barisan belakang) bersama pihak pengurusan sekolah bergambar dengan pelajar yang menyertai Khatam Al-Quran.
YAZID (berdiri, empat kiri, barisan belakang) bersama pihak pengurusan sekolah bergambar dengan pelajar yang menyertai Khatam Al-Quran.
 ??  ?? PENGERUSI Pelaksana Majlis Ustaz Mahat Harun (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Yazid.
PENGERUSI Pelaksana Majlis Ustaz Mahat Harun (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Yazid.
 ??  ?? YAZID menyuapkan pulut kuning kepada pelajar yang menyertai Khatam Al-Quran.
YAZID menyuapkan pulut kuning kepada pelajar yang menyertai Khatam Al-Quran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia