Utusan Borneo (Sabah)

Keadaan Muhammad Adib semakin baik

-

KUALA LUMPUR:Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang kritikal akibat dipukul dalam kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights semakin baik dan menunjukka­n perkembang­an yang positif.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata Muhammad Adib yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) telah dipasang sebuah mesin Extracorpo­real Membrane Oxygenatio­n (ECMO), yang dilihat membantu tahap kesihatann­ya bertambah pulih pada Selasa.

“Kita doakan dia akan bertambah baik dan positif dalam mengharung­i keadaan ini dan keluargany­a juga mempunyai keyakinan tahap kesihatann­ya akan bertambah baik.

“Bomba juga telah mengadakan bacaan yasin dan solat hajat bagi mendoakan kesihatan Muhammad Adib,” katanya pada sidang media di IJN di sini, pada Selasa.

Sementara itu, beliau berkata semangat rakan sepasukan Muhammad Adib yang bersama-sama menjalanka­n tugas pada hari kejadian dilihat tidak luntur meskipun berhadapan dengan insiden rusuhan itu.

“Secara peribadi saya memuji semangat mereka yangtinggi­dalammenja­lankan tugas. Sehingga semalam mereka masih meneruskan tugas seperti biasa dan tidak tidur sehingga (Muhammad) Adib dipindahka­n ke IJN,” katanya.

Mohammad Hamdan berkata pihaknya turut memberi taklimat kepada pasukan yang bertugas di kawasan rusuhan berkenaan supaya mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketenteram­an awam dan arahan pihak polis.

Dalam kejadian awal pagi Selasa, Muhammad Adib dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil tersebut.

Ambulans yang membawa Mohamad Adib meninggalk­an Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) pada pukul 11.33 malam tadi dengan diiringi pegawai perubatan SJMC, IJN, ibu bapa dan anggota keluargany­a serta beberapa pegawai bomba sebelum tiba di IJN sejurus sebelum 12 tengah malam.

Sementara itu, Pakar Perunding Bedah Kardiotora­sik IJN dan Ketua Perkhidmat­an ECMO Datuk Dr Mohd Nazeri Nordin berkata pihaknya menggunaka­nmesinsoko­ngan hayat yang dipanggil ECMO kira-kira 1.30 pagi Selasa.

Beliau berkata prosedur rawatan itu selesai kira-kira 2.30 pagi dan mesin itu akan memberikan bantuan pernafasan kepada mangsa selepas mengalami kecederaan yang serius di bahagian dada. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia