Utusan Borneo (Sabah)

Saingan Liga Juara-Juara lebih sukar, akui Guardiola

-

LYON, Perancis: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata Liga Juara-Juara memberikan cabaran lebih sukar berbanding pertanding­an lain selepas pasukannya mengikat Lyon 2-2 untuk mengesahka­n tempat ke pusingan kedua kejohanan Selasa lepas.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris itu mengesahka­n tempat ke pusingan kedua untuk musim keenam berturut-turut selepas tandukan Aymeric Laporter dan Sergio Aguero membantu City bangkit dari ketinggala­n dari dua gol Maxwel Cornet.

City memerlukan satu mata untuk mengesahka­n kemaraan dan menyingkir­kan Hoffenheim dari tangga teratas Kumpulan F, walaupun mereka bernasib baik mengelak kekalahan kedua kepada Lyon – satu-satu pasukan menjaringk­an lebih dari satu gol ke atas mereka pada musim ini.

“Hari ini, Liga Juara-Juara menunjukka­n kepada saya sekali lagi di mana ia adalah pertanding­an berbeza dan khususnya untuk satu sebab. Pemain lebih bagus,” kata Guardiola.

“Kerana itu kenapa setiap kali kami memikirkan tentang Liga Juara-Juara dan orang berkata ia adalah mudah untuk Manchester City, mereka benar-benar keliru dalam hal ini.

“Kata-kata adalah katakata. Orang yang berkata begitu tidak pernah melihat perlawanan pasukan Lyon, pasukan Hoffenheim atau juga Shakhtar.”

City mencipta rekod Liga Perdana Inggeris dengan mengutip 100 mata musim lepas dan mereka kelihatan bakal mengulangi­nya selepas mengumpul 40 mata dari 13 perlawanan dan hanya bolos lima gol setakat ini.

“Anda mempunyai masa dalam Liga Perdana, anda mempunyai 38 perlawanan. Di sini (Liga Juara-Juara), anda mempunyai 90, 180 minit – anda melakukan kesilapan dan mereka akan menghukum anda,” kata Guardiola.

Lyon sudah ketinggala­n 14 perlawanan tetapi skuad kendalian Bruno Genesio memberikan saingan yang kuat kepada City selepas menewaskan mereka 2-1 pada perlawanan pertama bulan September lepas.

“Orang berkata di Perancis ia hanya tentang PSG. Tetapi mereka tidak tahu betapa sukarnya di Perancis. Liga itu sangat sukar, sangat bagus, jadi kerana itu saya memberikan banyak pujian kepada keputusan dan prestasi hari ini,” kata Guardiola.

Lyon perlu mengelak kekalahan di Shakhtar Donetsk pada perlawanan terakhir kumpulan untuk menyertai City ke pusingan kedua selepas kelab dari Ukraine itu menewaskan Hoffenheim 3-2 menerusi gol lewat untuk mengekalka­n peluang ke pusingan kedua.

“Saya bangga melihat bagaimana pasukan saya beraksi malam ini. Mereka adalah pasukan terbaik di Eropah,” kata Genesio ketika merujuk kepada lawannya.

“Tetapi ada sedikit kekecewaan di mana kami gagal mengesahka­n tempat (ke pusingan kedua) malam ini.”

Lyon kelihatan berada di landasan satu lagi kemenangan bergaya ke atas City apabila Cornet menjaringk­an gol kedua beliau untuk meletakkan Lyon 2-1 d hadapan ketika berbaki sembilan minit permainan tetapi Aguero mengikat kedudukan dua minit kemudian.

“Pemain mempamerka­n aksi berkualiti. Apabila kami bolos gol kedua, saya fikir kami masih terlalu gembira (dari gol pendahulua­n) ketika itu dan membenarka­n mereka mengikat kedudukan,” akui Genesio. —

 ??  ?? 15 mata di belakang pendahulu Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain (PSG) selepas GUARDIOLA
15 mata di belakang pendahulu Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain (PSG) selepas GUARDIOLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia