Utusan Borneo (Sabah)

Sabah harap sebagai tuah tuan rumah kejohanan ping pong

- -Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sabah harap tuah sebagai tuan rumah apabila memulakan cabaran pada Kejohanan Ping Pong Harapan Milo Malaysia Ke-31 di Dewan MAKSAK, Likas dekat sini hari ini.

Presiden Persatuan Ping Pong Sabah (STTA) Edward Chua Soon Ann berkata, kelebihan sebagai tuan rumah adalah peluang yang perlu dimanfaatk­an sepenuhnya oleh pemain-pemain Sabah memenangi pingat.

“Kita (Sabah) dibarisi pemain terbaik yang kita ada untuk menghadapi kejohanan ini yang mempertand­ingkan kategori bawah 10 dan bawah 13 tahun lelaki dan perempuan.

“Dengan kelebihan sebagai tuan rumah, kita berharap pemain kita akan menyerlah.

“Ia bukan tugas mudah kerana terutama kejohanan ini turut disertai pemainpema­in terbaik negara tetapi kita telah bersedia dan akan cuba yang terbaik untuk memberi tentangan sengit,” kata Chua yang juga pengerusi penganjur kejohanan yang akan berlangsun­g sehingga 2 Disember itu.

Kejohanan selama empat hari itu melibatkan penyertaan 400 pemain dan pegawai daripada 16 pasukan dari seluruh negara.

Pasukan bawah 13 tahun lelaki Sabah akan memulakan cabaran dalam Kumpulan B bersama Sarawak, Labuan dan Perak.

Juara bertahan Kuala Lumpur diundi dalam Kumpulan A bersama Johor, Kelantan dan Perlis manakala Kumpulan C terdiri daripada pasukan Pulau Pinang, Selangor, Melaka dan Terengganu sementara Kumpulan D dianggotai Negeri Sembilan, Putrajaya, Pahang dan Kedah.

Pasukan bawah 13 tahun perempuan Sabah pula memulakan cabaran dalam Kumpulan Q bersama pasukan Melaka dan Pahang.

Juara bertahan Selangor diundi dalam Kumpulan P bersama Pulau Pinang dan Labuan manakala Kumpulan R terdiri daripada pasukan Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis dan Perak sementara Kumpulan S dianggotai Sarawak, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah.

Pasukan bawah 10 tahun lelaki Sabah pula dalam Kumpulan G bersama pasukan Perlis, Pahang dan Perak manakala juara bertahan Melaka dalam Kumpulan E bersama Putraja, Johor dan Negeri Sembilan.

Selangor, Sarawak, Terengganu dan Kelantan bersaing dalam Kumpulan F manakala Kumpulan H terdiri daripada pasukan Pulau Pinang, Kelantan, Labuan dan Kedah.

Pasukan bawah 10 tahun perempuan Sabah akan memulakan cabaran bersaing dengan juara bertahan Negeri Sembilan dan Kedah dalam Kumpulan W manakala naib juara tahun lalu, Selangor bersama Kuala Lumpur dan Johor dalam Kumpulan X.

Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Perlis dalam Kumpulan Y manakala Putrajaya, Perak, Pahang dan Melaka dalam Kumpulan Z.

 ??  ?? CHUA (memegang bendera di kanan) bersama skuad ping pong Sabah selepas menyerahka­n bendera kepada pengurus pasukan Yap Wing Foh (memegang bendera di kiri) di Kota Kinabalu baru-baru ini.
CHUA (memegang bendera di kanan) bersama skuad ping pong Sabah selepas menyerahka­n bendera kepada pengurus pasukan Yap Wing Foh (memegang bendera di kiri) di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia