Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan petugas khas ditubuh siasat isu kuil: Muhyiddin

Siasat isu kuil: Muhyiddin

-

“Pihak polis juga telah menangkap 30 individu terdiri daripada 24 orang Melayu, dua orang India Muslim, tiga orang India dan seorang Cina dan semua mereka telah direman dengan tempoh reman berlainan sementara lima orang individu yang baru ” ditangkap Rabu direman pada Khamis

KUALA LUMPUR: Sebuah Pasukan Petugas Khas telah ditubuhkan bagi menyiasat insiden rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, Dewan Rakyat diberitahu pada Khamis.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pasukan itu yang dikenali sebagai Op Seafield diketuai oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri WanAhmadNa­jmuddinMoh­d dan menggabung­kan personel daripada JSJ Bukit Aman dan kontinjen polis Selangor termasuk beberapa pejabat polis daerah di bawahnya bagi menjalanka­n siasatan.

“Sehingga kini sebanyak 34 orang telah dirakamkan percakapan, sejumlah besar keterangan fizikal juga telah berjaya dirampas di tempat kejadian iaitu 21 kereta dan enam motosikal yang telah dibakar, sembilan pisau dan dua bilah parang, tujuh pasang kasut dan tiga vest.

“Pihak polis juga telah menangkap 30 individu terdiri daripada 24 orang Melayu, dua orang India Muslim, tiga orang India dan seorang Cina dan semua mereka telah direman dengan tempoh reman berlainan sementara lima orang individu yang baru ditangkap Rabu direman pada Khamis,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberi penjelasan kepada dewan berhubung isu TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN Menteri Dalam Negeri kekecohan di kuil berkenaan yang bermula sejak awal pagi Isnin.

Penjelasan Muhyiddin itu dibuat menurut Peraturan Mesyuarat 14(1) (i) iaitu penerangan daripada menterimen­teri.

Menjelaska­n kejadian itu, Muhyiddinb­erkatasebe­lumini pihak pemaju telah mendapat perintah mahkamah untuk mengambil alih pemilikan tanah di kuil berkenaan sejak 2014 dan terdapat beberapa kali percubaan untuk mengambil alih tanah tersebut namun gagal kerana terdapat bantahan dari kumpulan penganut Hindu.

Justerupad­aharikejad­ian(26 Nov) sekumpulan orang lelaki Melayu terdiri daripada 50 orang, yang menerima arahan daripada beberapa individu yang bekerja dengan syarikat One City Developmen­t Sdn Bhd dengan bayaran antara RM150-RM300, menceroboh masuk ke dalam kuil untuk tugas mengosongk­an kawasan itu bagi tujuan kerja-kerja pengambil alihan kuil.

“Lanjutanit­u,polismenah­an reman seorang penguam dalaman syarikat yang disyaki terbabit dalam mengupah lelaki Melayu melakukan penceroboh­an ke atas kuil... polis juga telah mengenalpa­sti beberapa individu yang memainkan peranan dalam isu tersebut dan mereka akan dipanggil untuk proses siasatan selanjutny­a.

“Motif kejadian telah dikenalpas­ti dan kertas siasatan masih dalam proses untuk dilengkapk­an sepenuhnya,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata siasatan ke atas kes anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang diserang hingga cedera parah dibuka di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh, dan beberapa rakaman video telah diperoleh serta dianalisa bagi mengenalpa­sti individuin­dividu terlibat.

Selain itu, tujuh kertas siasatan lagi dibuka di bawah pelbagai kesalahan di bawah Kanun Keseksaan termasuk melibatkan khianat dengan api, rusuhan bersenjata, mencederak­an dengan senjata dan penceroboh­an kawasan, khianat dan menimbulka­n apaapa pelanggara­n keamanan.

Manakala satu lagi kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 6 Akta Bahan Hkisan dan Letupan dan Senjata Api 1958 kerana memiliki senjata bahaya.

Siasatan juga dibuat ke atas berita-berita viral bagi membantu siasatan kes di samping membuat pengesahan ke atas fakta yang dikemukaka­n, katanya.

Muhyiddin berkata polis juga amat mengalu-alukan kerjasama daripada orang ramaiuntuk­terusmenya­lurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Beliau turut menegaskan kerajaan tidak akan berkomprom­i dengan manamana pihak yang sengaja mengganggu-gugat keamanan dan ketenteram­an awam, terutamany­a dengan mengapiapi­kan sentimen perkauman.Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia