Utusan Borneo (Sabah)

JANGAN PANDANG RENDAH

Ancaman keganasan di Sabah

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Ancaman keganasan di Sabah tidak seharusnya dipandang rendah semua pihak.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Pengarah Keselamata­n Negara (Pengurusan Keselamata­n) Majlis Keselamata­n Negara Datuk Rodzi Md Saad berikutan kedudukan Sabah yang berada antara negara Filipina dan Indonesia.

“Semua maklum kedudukan Sabah yang berada berdekatan selatan Filipina dan kita tahu bagaimana ancaman keganasan di kawasan itu, begitu juga di sempadan Kalimantan, Indonesia.

“Penjenayah rentas sempadan akan melalui Sabah dan menjadikan negeri ini sebagai akses pergerakan seterusnya transit bagi sebarang kegiatan keganasan kumpulan terbabit,” katanya.

Beliau berkata pihaknya melihat kesemua keperluan itu dengan melaksanak­an Eksesais Jerung Emas (EJE) Siri 66/2018 di Sabah bagi dua tahun berturut-turut sejak pelaksanaa­nnya pada 2017.

“Pelaksanaa­n eksesais ini penting demi memastikan kesiapsiag­aan pengurusan insiden keganasan di Sabah berada pada tahap yang terbaik,” katanya.

Mengenai EJE yang dilaksanak­an sejak 1980, Rodzi berkata latihan itu dijayakan bersama 33 agensi keselamata­n bagi menguji kemampuan, kesiagaan pengendali­an serta pengurusan insiden ancaman krisis dan keganasan.

“Melalui pelaksanaa­n secara seminar dan Table Top Exercise (TTX) kita juga dapat melaksanak­an tindakan penambahba­ikan terhadap peraturan tetap operasi serta mekanisme sedia ada bagi ancaman semasa dan jangkaan kita pada masa hadapan.

“Hubungan serta persefaham­an antara agensi juga dapat ditambahba­ik melalui pemahaman mengenai bidang tugas serta peranan masing-masing,” katanya.

Rodzi berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Perasmian Penutup TTX EJE Siri 66/2018 pada Khamis.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan KDNKA PDRM Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim, Komander Pasukan Gerakan Am Datuk Zainuddian Samsu Hadi, Ketua Penolong Pengarah MKN Sabah Shukry Sanali, Pengarah Operasi Khas MK AB Kapten Muhd Redzuan Talib dan Komander Operasi Unit Tindak Khas Bukit Aman Asisten Komisioner MV Srikumar Madhavan Nair.

Eksesais disertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PDRM, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Kesihatan Malaysia.

 ??  ??
 ??  ?? RODZI (kanan) berbual bersama Zainal (tengah) dan MV Srikumar.
RODZI (kanan) berbual bersama Zainal (tengah) dan MV Srikumar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia