Utusan Borneo (Sabah)

Madhuri Dixit, Abhishek Bachchan teruja terlibat dalam ‘Mowgli’

-

AKTRES popular Bollywood Madhuri Dixit Nene berkata, dia merasa sungguh teruja dapat meminjamka­n suaranya kepada satu watak dalam ‘Mowgli: Legend of the Jungle’ untuk versi bahasa Hindi filem itu.

Madhuri akan menghidupk­an semula watak Nisha, ibu serigala Mowgli, dalam filem terbaharu daripada perkhidmat­an striming Netflix itu.

“Ia satu pengalaman mengagumka­n untuk manamana pelakon menghidupa­n satu watak dengan hanya meminjamka­n suara mereka,” katanya.

“Saya menonton banyak filem pengembara­an yang penuh dengan VFX bersama anak lelaki saya dan sentiasa mahu meminjamka­n suara saya kepada watak-watak misteri sedemikian,” kata Madhuri.

“Saya berasa seronok kerana akhirnya mendapat peluang untuk melakukan ini. Dan apa yang lebih menggembir­akan adalah apabila saya memberitah­u anak lelaki saya tentang ini, dia menjadi sangat teruja dan berkata, ‘Itu sangat hebat ibu!’ Tindak balasnya betul-betul menggembir­akan saya,” tambahnya.

Diarahkan oleh Andy Serkis, ‘Mowgli: Legend of the Jungle’ akan membawa dunia karya klasik Rudyard Kipling, ‘The Jungle Book’ tahun 1864 kepada tatapan umum pada 7 Disember ini, apabila ia ditayangka­n buat pertama kali secara global.

Sementara itu, pelakon Abhishek Bachchan yang turut terlibat dalam filem itu berkata versi alih suara untuk India mencabar dan membebaska­n.

Netflix

India telah melancarka­n treler Mowgli di India barubaru ini dengan turut dihadiri oleh pengarah pembikin filem dan pelakon Andy Serkis, bersama dengan suara latar asal barisan pelakonnya yang terdiri daripada Christian Bale, Freida Pinto dan Rohan Chand, selain pasukan alih suara dari India termasuk Abhishek, Kareena Kapoor Khan, Madhuri dan Anil Kapoor. “Apa yang membebaska­n adalah anda menjadi satu watak baharu sepenuhnya dan anda perlu bekerja dalam sempadan-sempadan itu ,” kata Abhishek. Alih bahasa sama banyak cabaran, kata pelakon itu dan menambah: “Apa yang bagus adalah saya tidak berlakon sebagai seorang manusia, dan simpan itu dalam fikiran, simpan cara Andy Serkis telah mereka watak, cara Christian Bale melakukann­ya, dan kemudian cuba menjadikan­nya India... itu amat mencabar.

“Dan juga menyesuaik­an secara linguistik, Hindi ke dalam dialog Inggeris, memang sukar. Keduadua bahasa betul-betul berbeza, dengan warna dan meter berbeza, jadi ia juga mencabar.”

 ??  ??
 ??  ??
 ?? AFP — Gambar ?? PENGARAH‘MOWGLI’: Pelakon dan pengarah British Andy Serkis semasa tayangan perdana filem‘Mowgli: Legend of the Jungle’ di Mumbai pada 25 November lepas, sebelum ia mula ditayangka­n di Netflix pada 7 Disember ini.
AFP — Gambar PENGARAH‘MOWGLI’: Pelakon dan pengarah British Andy Serkis semasa tayangan perdana filem‘Mowgli: Legend of the Jungle’ di Mumbai pada 25 November lepas, sebelum ia mula ditayangka­n di Netflix pada 7 Disember ini.
 ??  ??
 ?? AFP — Gambar ?? LAKON WATAK YANG SAMA: Abhishek (kanan) bersama Christian Bale semasa sidang media filem ‘Mowgli: Legend of the Jungle’di Mumbai pada 25 November lepas, sebelum ia mula ditayangka­n di Netflix pada 7 Disember ini.
AFP — Gambar LAKON WATAK YANG SAMA: Abhishek (kanan) bersama Christian Bale semasa sidang media filem ‘Mowgli: Legend of the Jungle’di Mumbai pada 25 November lepas, sebelum ia mula ditayangka­n di Netflix pada 7 Disember ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia