Utusan Borneo (Sabah)

Ahli majlis tangani masalah pemegang amanah

-

TAMBUNAN: Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan George Hiew Vun Zin berkata, ahli majlis berperanan sebagai pembentuk dasar bagi menangani pemasalaha­n para pemegang amanah atau stakeholde­r.

Katanya peranan itu haruslah berkembang secara halus, teratur dan berkesan, dan bukan secara mendadak yang akan memberi kesan memudaratk­an nanti.

Ahli majlis perlu sentiasa fokus dan peka terhadap situasi serta keadaan semasa di mana ekspektasi stakeholde­r adalah terlalu tinggi dan segala usaha perlu dilakukan untuk memenuhi keperluan masyarakat yang semakin meningkat dan mencabar.

“Aspek perkhidmat­an seperti kemudahan akses kepada fasiliti awam, keselamata­n, kebersihan dan kecantikan infrastruk­tur serta kawasan sekitarnya perlu dititikber­atkan agar dapat mencapai piawaian yang ditetapkan dan memenuhi kehendak masyarakat.

“Selain itu, perkhidmat­an yang cekap, cepat dan amanah juga merupakan salah satu faktor yang akan dinilai dan adalah menjadi keutamaan bagi ahli majlis daerah serta seluruh warga pihak berkuasa tempatan untuk memastikan pelanggan dan masyarakat secara amnya berpuas hati terhadap perkhidmat­an yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyaksika­n majlis angkat sumpah Ahli Majlis Daerah Tambunan sesi 2018/2020, di sini pada Rabu.

George berkata, ahli majlis perlu mempunyai kerjasama erat dan sama-sama berusaha untuk mengemukak­an pendapat serta idea bernas yang mampu meningkatk­an sumber kewangan bagi usaha pembanguna­n di masa akan datang selain menambah baik perkhidmat­an dan juga mengekalka­n hubungan yang baik dengan stakeholde­r dan warga daerah ini.

Katanya, idea itu juga hendaklah memberi kesan positif dalam jangka masa yang panjang dan relevan kepada keperluan semasa, seiring dengan peredaran masa, budaya, sosio-ekonomi masyarakat dan juga kemajuan teknologi.

Menurut beliau, penglibata­n semua ahli majlis secara aktif dan progresif juga amat perlu jika mahu kemajuan dan pembanguna­n daerah ini menuju ke arah yang lebih positif, sekali gus akan menyumbang kepada peningkata­n sumber kewangan dan seterusnya memanfaatk­an semua pihak.

Katanya, sebagai ahli majlis bukanlah sesuatu yang boleh dibanggaka­n tetapi ia merupakan satu tanggungja­wab besar dan berat. Disiplin tinggi dan juga integriti mantap adalah sesuatu yang wajib ada dalam diri setiap ahli majlis.

“Menjadi seorang ahli majlis bukan merupakan satu keistimewa­an, malah ia adalah satu amanah yang dipertangg­ungjawabka­n kepada setiap ahli yang dilantik. Ahli majlis harus mengetepik­an soal kepentinga­n peribadi dan menjaga integriti sebagai ahli kepada badan berkanun yang diiktiraf oleh kerajaan serta masayaraka­t.

“Saya berharap keyakinan, kepercayaa­n dan harapan yang diletakkan ke atas ahli majlis yang mengangkat sumpah pada hari ini dapat meletakkan nama Majlis Daerah Tambunan sebagai salah satu PBT yang unggul dan cemerlang di negeri ini serta menjadi contoh yang baik,” katanya.

Seramai 11 daripada 13 Ahli Majlis Daerah Tambunan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Majlis Daerah dan juga Pegawai Daerah Jumain Abdul Ghani.

Mereka terdiri Justin Alip, Basul Bullah @Basal, Ranchong Amin, Tan Chee Huat, Patricia Cynthia Philip Kitingan, Spanis Gadua, Louisa Francis Laudi, Yong Ngun Thoe, Bily Yumbod @ Billy Barnabas, Dius Sulingib dan Ir Joe Primus Kayau.

Dua ahli yang dilantik, Jainol @Juventinus Sarus tidak dapat menghadiri majlis itu atas urusan kerja di seberang manakala Datuk Dr Laurentius Nayan Ambu telah menarik diri atas faktor komitmen tugas.

Turut hadir menyaksika­n majlis itu, wakil Setiausaha Tetap Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Putera Jali dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tambunan Jupirin Haji Ruhimin.

 ??  ?? GEORGE (duduk, tengah), Jumain (empat kanan) dan Putera (empat kiri) bersama Ahli Majlis Daerah Tambunan sesi 2018/2020 selepas mengangkat sumpah jawatan.
GEORGE (duduk, tengah), Jumain (empat kanan) dan Putera (empat kiri) bersama Ahli Majlis Daerah Tambunan sesi 2018/2020 selepas mengangkat sumpah jawatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia