Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Kerjaya Perkeso, Jobs Malaysia Sabah bantu kurangkan penganggur­an

-

KOTA KINABALU: Setiusaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah (MAFI) Rakam Sijim memuji usaha Perkeso untuk menganjurk­an Karnival Kerjaya buat pertama kalinya di Sabah dengan kerjasama Jobs Malaysia Sabah.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Karnival Kerjaya anjuran Perkeso dan Jobs Malaysia bagi pihak MAFI di sini.

“Karnival ini dapat membantu usaha kerajaan untuk mengurangk­an kadar penganggur­an di Sabah,” katanya sambil memuji sokongan yang diberikan oleh para majikan kepada karnival itu.

Antara majikan yang hadir dan menyediaka­n peluang temuduga terbuka secara ‘walk-in’ ialah Nexus Resort & SPA Karambunai, Marriott Hotels, Thai Odyssey Sdn Bhd, Jari-Jari Spa Academy, Chan Furniture (M) Sdn Bhd, Securido Guard Services Sdn Bhd, Gain Forlife Sdn Bhd, Global Rich Sfn Bhd, Sedafiat Sdn Bhd, Sabah Skill Technology Centre dan Sincere Skill Academy.

Penganjura­n karnival itu juga memperliha­tkan usaha Jabatan Tenaga Kerja melalui Jobs Malaysia Sabah dalam memberikan peluang kepada para pencari pekerjaan khususnya di negeri Sabah agar melibatkan diri dalam aktiviti pencarian pekerjaan melalui temuduga bersama majikan.

“Penganjura­n Karnival Kerjaya yang diadakan ini dapat memberi manfaat kepada para pencarum Perkeso dan para pencari pekerjaan yang berdaftar dengan Jobs Malaysia Sabah,” kata Rakam.

Beliau berharap agar penganjura­n Karnival Kerjaya diadakan secara berterusan dan konsisten untuk masa akan datang.

Pengarah Perkeso Sabah Dr Mohd Ali Hindia berkata, karnival itu merupakan salah satu daripada inisiatif Perkeso di bawah Unit Perkhidmat­an Pekerjaan, Cawangan Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) untuk memberikan perkhidmat­an kepada pencarum atau Orang Berinsuran (OB) dari aspek pencarian pekerjaan.

 ??  ?? RAKAM (dua dari kiri) semasa melancarka­n Karnival Kerjaya Perkeso dan Jobs Malaysia Sabah.
RAKAM (dua dari kiri) semasa melancarka­n Karnival Kerjaya Perkeso dan Jobs Malaysia Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia