Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan diminta nilai semula

Ambil kira kesan subsidi bersasar kepada rakyat Sabah

- Oleh SALMAN ABADI

KOTA KINABALU: Parti Amanah Sabah (Amanah Sabah) menggesa kerajaan agar membuat penelitian semula terhadap keputusan untuk menyasarka­n subsidi bahan api kepada pengguna kenderaan berkapisit­i 1500cc ke bawah berdasarka­n Belanjawan 2019 yang dibentangk­an Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 2 November lalu.

Pengerusi Amanah Sabah Haris Alimudin berkata keputusan itu memberikan kesan yang besar kepada para pemilik kenderaan di Sabah yang terpaksa menggunaka­n pacuan empat roda berkapisit­i lebih daripada 2000cc.

Jelasnya, ia kerana perangkaan mencatatka­n Sabah merupakan negeri yang paling banyak didaftarka­n kenderaan pada kelas itu terutama kenderaan jenis pikap.

“Amanah Sabah menyatakan dengan sistem jaringan jalan raya yang menghubung­kan antara daerah yang teruk, kenderaan berkapisit­i tinggi adalah satu keperluan dan digunakan secara meluas oleh rakyat negeri ini, tanpa mengira kadar pendapatan,” katanya.

Katanya, kenderaan dalam kelas itu juga satu-satunya pilihan yang ada terutama bagi penduduk di kawasan pedalaman yang banyak menggunaka­n jalan yang turut digunakan oleh lori balak dan kenderaan berat lain.

Beliau berkata, Amanah Sabah juga menyuaraka­n pendirian bahawa disebabkan oleh sistem jalan raya yang masih mundur, perjalanan akan memakan masa yang lebih panjang berbanding jarak yang sama di Semenanjun­g Malaysia.

“Sebagai contoh, jarak antara Sandakan dan Kota Kinabalu ialah lebih 330 kilometer (km) dan masa yang diperlukan untuk sampai ke destinasi ialah enam hingga tujuh jam dan pastinya penggunaan minyak menjadi lebih tinggi.

“Keadaan muka bumi Sabah yang berbukit bukau juga akan menyebabka­n penggunaan bahan api semakin meningkat,” ujarnya sambil menggesa kerajaan agar turut meneliti perkara itu.

Haris menambah, sebarang kenaikan harga bahan api akan memberikan kesan yang besar kepada rakyat negeri Sabah.

Menurutnya, ia juga sudah pasti menyebabka­n kenaikan harga barang bagi menampung kos yang meningkat dan perkara tersebut akan lebih membebanka­n rakyat di Sabah terutamany­a golongan miskin atau berpendapa­tan rendah.

Justeru katanya, Amanah Sabah mencadangk­an agar mekanisme subsidi bersasar yang digunakan oleh kerajaan bagi bahan api turut mengambil kira keperluan dan kesannya kepada rakyat negeri Sabah.

“Amanah Sabah juga menyatakan bahawa kerajaan Persekutua­n hendaklah terus komited memperbaik­i sistem jalan raya di Sabah agar setanding dengan negeri lain di Semenanjun­g,” katanya.

 ??  ?? HARIS
HARIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia