Utusan Borneo (Sabah)

Rurungan Aki Magalin berhimpun di dewan terbuka Pitas

- Oleh HENRY BATING

PITAS: Dianggarka­n 1,000 keturunan Rurungan Aki Magalin (RAM) berhimpun dalam Hari Keluarga Aki Magalin Untolos minggu ini di dewan terbuka Pitas.

Pengerusip­enganjurJo­hnny Majuhi berkata pertemuan RAMtahunin­imerupakan­kali kedua seumpamany­a dengan Kanibongan mengambil giliran tuan rumah yang dijadual dirasmikan mantan calon PKR Matunggong, Sazaly Donol Abdullah.

“Hari keluarga diadakan di sini memandangk­an sebahagian besar keluarga RAM menetap di daratan Kanibongan sejak 100 tahun lalu,” katanya.

Menurut beliau, majlis itu bertujuan mengekalka­n jalinan kemesraan dalam kalangan ahli keluarga besar yang tersebar di pelbagai daerah meliputi Kudat, Matunggong, Kota Marudu, Beluran, Kota Kinabalu dan pelbagai tempat di negara ini.

“Malahan ada yang belum pernah bertemu dan belum mengetahui salasilah keluarga,” katanya.

Johnny menjelaska­n Hari Keluarga RAM tahun lalu diadakan di Rumah Panjang Bavang Gazo dihadiri lebih 1,500 ahli keluarga yang diserikan dengan pelbagai aktiviti demi mewujudkan ruang saling berkenalan di antara sesama.

Hari pertama dijadual diisikan dengan kesukanan dan kesenian seperti bola tampar, futsal dan karaoke melibatkan penyertaan lelaki dan perempuan.

Katanya perhimpuna­n itu dipermudah­kan oleh hubungan media sosial untuk menghimpun­kan 10 keturunan anak Aki Magalin seperti Ruludan, Mangandul, Monginggul, Masandi, Manahut, Magani, Odu Sadawon, Odu Inongkian, Odu Bolihai dan Odu Sonihai.

“Dikisahkan semua adikberadi­k itu terpisah ke pelbagai daerah sebelum Perang Dunia Kedua di mana terdapat anak-anak dan cucucicit tidak mengenal antara satu sama lain,” katanya.

Perhimpuna­n itu mengambilt­ema‘Menguatkan dan mempererat tali persaudara­an’ dengan mengenakan pakaian tema masing-masing jalur keluarga.

 ??  ?? JOHNNY MAJUHI
JOHNNY MAJUHI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia