Utusan Borneo (Sabah)

Orang ramai dijemput meriahkan Karnival Krismas Moyog Magic

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

PENAMPANG: Orang ramai khususnya masyarakat di sekitar Moyog dijemput hadir bagi memeriahka­n sambutan Karnival Krismas Moyog Magic yang akan diadakan di Tamu Inobong pada 1-2 Disember ini.

Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang berkata, pelbagai acara menarik menanti pengunjung antaranya persembaha­n kanak-kanak dari sekolah pendidikan khas, koir Krismas, pertanding­an mewarna kanak-kanak, persembaha­n ‘Fire Show’ dan ‘Magic Show’.

Selain itu, turut diadakan pertanding­an karaoke kanakkanak,pertanding­anmembuat kek, acara membuat bintang dan menghias lot-lot jualan dengan tema Krismas.

“Di samping itu, acara cabutan tiket bertuah serta pameran dan jualan produk tempatan turut diadakan sempena karnival itu,” katanya pada sidang media di kediaman beliau, malam Rabu lepas.

Dalam pada itu, beliau yang juga Adun Moyog memberitah­u, karnival itu dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Darrel Leiking merangkap Ahli Parlimen Penampang.

Sambutan itu juga akan menyaksika­n perasmian Moyog Magic (Moyog Alam Gemilang Inspirasi Cinta) Plt, iaitu sebuah syarikat yang ditubuhkan bagi membantu para usahawan di sekitar Moyog.

Jenifer berkata, pihaknya akan menyampaik­an sumbangan kepada empat Pusat Pendidikan Khas di Dearah Penampang menerusi hasil kutipan jualan tiket bazar dan ‘beli suara’ (lagu) selain penyampaia­n hadiah Krismas kepada warga emas.

Beliau berharap karnival yang dianjurkan pejabat Adun Moyog itu dapat mengukuhka­n lagi perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama di Moyog dan sekitarnya.

“Selain platform untuk meraikan sambutan Krismas, saya berharap ia secara tidak langsung dapat menyatupad­ukan rakyat di negeri ini demi manfaat semua pihak dan kemajuan negeri Sabah amnya,” katanya.

 ??  ?? JENIFER (tengah) menunjukka­n jemputan yang diedarkan kepada orang ramai pada sidang media itu.
JENIFER (tengah) menunjukka­n jemputan yang diedarkan kepada orang ramai pada sidang media itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia