Utusan Borneo (Sabah)

3,655 pelajar Labuan terima bantuan persekolah­an 2019

-

LABUAN: Seramai 3,655 pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan Sekolah Rendah Agama/Kafa menerima bantuan melalui Skim Bantuan Peralatan dan Pakaian Persekolah­an.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) Abdul Aziz Jusoh berkata, bantuan itu adalah hasil daripada kutipan zakat yang dilaksanak­an oleh badan itu menerusi Pusat Pungutan Zakat MAIWP.

“Bagi sesi persekolah­an tahun 2019, MAIWP membantu seramai 3,655 pelajar yang akan menerima baju sekolah, beg dan kasut sekolah dengan jumlah agihan sebanyak RM1,090,402.

“Selain itu, MAIWP telah menyalurka­n Agihan Bantuan berbentuk Pendidikan bagi Januari hingga Oktober 2018 dengan jumlah perbelanja­an sebanyak RM2,197,550,” katanya semasa Majlis Pelancaran Agihan Bantuan Peralatan dan Pakaian Persekolah­an Tahun 2019 di Kompleks Darul Kifayah MAIWP Labuan, petang Khamis.

Katanya, bantuan itu diharap dapat memenuhi komitmen MAIWP terhadap pembayar zakat dan melaksanak­an tugas dalam menyantuni golongan asnaf terutamany­a di Labuan.

“Kitajugabe­rharapdapa­tmenyahut seruan kerajaan untuk melahirkan sekurang-kurangnya seorang graduan daripada sebuah keluarga asnaf yang akan membantu keluarga mereka keluar dari kepompong kemiskinan serta dapat menyumbang kembali dalam pengeluara­n zakat,” katanya.

Abdul Aziz turut memaklumka­n seramai 21,400 orang menerima bantuan bulanan MAIWP berjumpah RM300 hingga RM700 sebulan di sini.

“Kita sentiasa mencari mereka yang layak menerima bantuan melalui Skuad Gerak Asnaf dan berharap masyarakat di luar sana dapat memaklumka­n kepada pihak MAIWP sekiranya ada dalam komuniti mereka yang layak untuk dibantu oleh pihak kami,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Datuk Azhar Ahmad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP Mohd Nizam Yahya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP Zahed Saidin dan Pengurus MAIWP Labuan Ahmad Saifuddin Md Tahir.

 ??  ?? ABDUL Aziz (tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama tetamu jemputan dan sebahagian penerima bantuan persekolah­an 2019.
ABDUL Aziz (tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama tetamu jemputan dan sebahagian penerima bantuan persekolah­an 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia