Utusan Borneo (Sabah)

Mohamad fail rayuan keputusan PRU14 DUN Rantau

-

SEREMBAN: Datuk Seri Mohamad Hasan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutua­n terhadap keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban yang mengisytha­rkan keputusan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau terbatal dan tidak sah.

Timbalan Presiden Umno itu memfailkan rayuan melalui peguamnya, Abu Bakar Isa Ramat daripada firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak & Co, pada Khamis, sebelum tempoh notis rayuan selama 14 hari berakhir petang Khamis.

Mohamad, yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, berkata beliau mengambil keputusan untuk merayu setelah mengambil kira pelbagai pertimbang­an dan alasan penghakima­n secara lisan serta nasihat guaman daripada barisan peguamnya.

“Rayuan ini sebagai benteng terakhirun­tukmempert­ahankan kedudukan saya sebagai wakil rakyat bagi kawasan itu serta membebaska­n saya daripada sebarang dakwaan salah laku semasa Hari Penamaan Calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” katanya pada sidang media di sini pada Khamis.

Pada 16 Nov lalu, Hakim Datuk Norazimah Omar, dalam keputusann­ya, mengisytih­arkan keputusan kerusi DUN Rantau pada PRU14 terbatal dan tidak sah selepas membenarka­n petisyen yang dikemukaka­n oleh calon PKR, Dr S. Streram.

Norazimah turut mengarahka­n pilihan raya kecil (PRK) diadakan dengan segera bagi kerusi berkenaan.

Pada Hari Penamaan Calon, 28 April lalu, Mohamad, calon Barisan Nasional (BN) disahkan menang tanpa bertanding berikutan Dr Streram gagal menghantar borang penamaan calon kerana dihalang masuk ke pusat penamaan kerana tidak mempunyai pas Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR).

Berikutan itu, pada 23 Mei lalu, Dr Streram, yang juga pakar bius di Pusat Perubatan Nilai, memfailkan petisyen bagi memohon PRK DUN itu diadakan semula kerana mendakwa penyandang­nya tidak dipilih secara sah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia