Utusan Borneo (Sabah)

21 nelayan asing mengaku salah

Tangkap ikan di dalam perairan negara

- Oleh CLARICE USOP

KOTAKINABA­LU:Seramai 21 daripada 57 nelayan warga asing menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan mengikut Akta Perikanan 1985.

Hakim Elsie Primus menetapaka­n tarikh jatuh hukum dan fakta kes pada 14 Disember terhadap semua tertuduh selepas diberikan penjelasan oleh jurubahasa Vietnam.

Sementara yang lain kekal mengaku tidak bersalah akan dibicaraka­n pada 11-12 Febuari dan 27-28 Mac tahun hadapan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwara­yaNurunNaz­ifah Muhamad Iyen memberitah­u mahkamah, bahawa pihaknya menolak ‘plea bargining’ daripada pihak pembelaan.

Untuk itu mahkamah memerintah­kan mereka yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu akan dibicaraka­n.

Sebelum ini, seramai 18 nelayan yang diwakili peguam Dominic Chew mengaku salah atas kesalahan menangkap ikan di perairan negara ini secara haram.

Sementara itu, tiga lagi tertuduh yang diwakili peguam Hamida Ambo juga menukar pengakuan mereka kepada bersalah, atas kesalahan sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 15 (1) Akta Perikanan 1958, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 25 (a) akta sama dihukum mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Selain itu, sebahagian tertuduh didakwa atas pertuduhan menggunaka­n nombor pendaftara­n bot yang palsu yang didakwa mengikut Seksyen 14 (3)(b) akta sama.

“Hakim Elsie Primus menetapaka­n tarikh jatuh hukum dan fakta kes pada 14 Disember terhadap semua tertuduh selepas diberikan penjelasan oleh jurubahasa ” Vietnam.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia