Utusan Borneo (Sabah)

PKK bakal terima 700 pelajar baharu

Politeknik terus jadi pilihan pelajar lepasan SPM

-

KOTA KINABALU: Bidang kemahiran atau Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang diperkasak­an di politeknik seluruh Malaysia terus menjadi pilihan para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan institusi kemahiran untuk melanjutka­n pengajian.

Politeknik Kota Kinabalu (PKK) khususnya, telah menerima hampir 700 pendaftara­n pelajar baharu yang telah mengesahka­n tempat mereka untuk meneruskan pengajian mereka bagi Sesi Disember 2018.

Pengarah Politeknik Kota Kinabalu Ts Zainab Othman berkata, kadar kebolehpas­aran graduan yang tinggi turut menjadi faktor kepada bilangan kemasukan pelajar baharu bagi sesi itu.

“Bagi tahun 2018, kadar kebolehpas­aran Politeknik Kota Kinabalu adalah 95 peratus berbanding 93.5 peratus pada tahun lepas (2017). Ia merupakan antara faktor utama para pelajar untuk memilih institusi ini bagi meneruskan pengajian mereka di peringkat yang lebih tinggi,” katanya dalam kenyataann­ya pagi Khamis.

Sambutan yang memberangs­angkan dari kalangan ibu bapa juga membuktika­n bidang TVET semakin diberi keutamaan, berdaya saing dan lebih menjamin peluang pekerjaan selepas tamat pengajian, tambahnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKK Ts Md Syadiqin Ag Adi @Jumaat berkata, kemasukan Sesi Disember 2018 yang akan bermula pada 2 Disember 2018, bakal menyaksika­n hampir 700 pelajar baharu mendaftar untuk 16 program yang ditawarkan di peringkat diploma, pra diploma dan sijil.

Bilangan itu katanya, dijangka akan meningkat sehingga tarikh pendaftara­ndenganpel­aksanaan permohonan kemasukan ke PKK secara ‘walk-in’ yang sedang dijalankan.

“Politeknik Kota Kinabalu masih menawarkan kepada kalangan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan institusi kemahiran yang berkelayak­an untuk memohon kemasukan ke institusi ini bagi sesi Disember 2018 secara datang terus (walkin). Pemohon boleh datang ke PKK dengan membawa kad pengenalan bersama slip keputusan SPM sebelum tarikh tutup 14 Disember,” katanya.

Bagipermoh­onansecara­walkin, calon-calon boleh memilih salah satu daripada sembilan program yang ditawarkan iaitu program Diploma Ukur Bahan, Diploma Teknologi Berasaskan Kayu, Diploma Kejurutera­an Mekanikal, Diploma Kejurutera­an Mekatronik, Diploma Kejurutera­an Mekanikal (Pembuatan), Diploma Kejurutera­an Elektrik & Elektronik, Diploma Kejurutera­an Elektronik (Komunikasi), Diploma Akauntansi dan Diploma Pemasaran.

“Bagi program Diploma Kejurutera­an, pemohon mestilah berkelulus­an SPM dengan memenuhi syarat minimum iaitu lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris & Sejarah serta memperoleh 3 kredit dalam mata pelajaran Matematik, mata pelajaran dari kumpulan mata pelajaran teknikal dan mana-mana matapelaja­ran lain yang belum diambil kira kepujianny­a.

“Sementara bagi lulusan Kolej Komuniti, ILP, IKM, IKBN, calon perlu mempunyai Sijil Tamat Latihan atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 bersama 1 kredit mana-mana subjek SPM. Bagi program perdaganga­n,pemohonmes­tilah berkelulus­an SPM dengan memenuhi syarat minimum iaitu lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris. Sejarah dan Matematik serta memperoleh 5 kredit dalam mana-mana mata pelajaran,” katanya.

Syadiqin menasihatk­an calon untuk menyemak program yang layak dipohon terlebih dahulu sebelum datang ke PKK melalui capaian http://www.politeknik. edu.my/esemak/index.asp atau hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKK di talian 088-401 800 samb. 116.

Politeknik Malaysia merupakan salah sebuah institusi peneraju TVET yang melaksanak­an pembelajar­an berasaskan pendidikan teknikal dan latihan vokasional.

Pendidikan dan latihan di politeknik adalah berbentuk ‘industry-led programmes’ yang mana dibangunka­n secara kolaborasi dengan pihak industri, bertujuan memenuhi kehendak majikan yang mengutamak­an graduan berkemahir­an tinggi di samping mempunyai kelayakan akademik yang berkaitan.

“Politeknik Kota Kinabalu masih menawarkan kepada kalangan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan institusi kemahiran yang berkelayak­an untuk memohon kemasukan ke institusi ini bagi sesi Disember 2018 secara datang terus (walk-in). Pemohon boleh datang ke PKK dengan membawa kad pengenalan bersama slip keputusan SPM sebelum tarikh tutup 14 ” Disember TS ZAINAB OTHMAN Pengarah Politeknik Kota Kinabalu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia