Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa sebak terima Ijazah Anumerta

-

KOTA KINABALU: Seorang ayah dan ibu tidak dapat menahan sebak apabila hadir menerima Ijazah Anumerta untuk anak masing-masing semasa Majlis Konvokesye­n Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-20, di sini.

Ijazah Anumerta merupakan penghargaa­n kepada waris graduan yang meninggal dunia dan berjaya menyelesai­kan lebih 85 peratus pengajian mereka.

Suhaimi Zakaria, 47, dari Kelantan mengambil Ijazah Sarjana Muda Sosiologi dan Antropolog­i Sosial, Intan Syakirin Suhaimi, 23, yang meninggal dunia disyaki mengidapi penyakit leukemia.

Menurut Suhaimi, anak sulung daripada empat adik beradik itu merupakan anak yang sangat periang dan sangat baik dengan keluarga.

“Intan Syakirin mula sakit selepas balik dari Kota Kinabalu ke Subang, seminggu sebelum Hari Raya dan dimasukkan di Hospital Sungai Buloh sebelum disyaki mengidapi penyakit leukemia.

“Dia pergi menghadap Ilahi pada 22 Jun 2018, yang merupakan Hari Raya kelapan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu,” katanya dengan nada sedih.

Sementara itu, Merna Sulaiman, 48, mewakili anak ketiganya, Allahyarha­m Mohammad Sadan Abd Ghani yang meninggal dunia Aidifitri lalu, dipercayai akibat jangkitan kuman dalam perut.

Merna berkata, arwah anaknya pernah meluahkan hasrat untuk memajukan perniagaan ikan bilis milik keluarga selepas menamatkan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Industri.

“Ibu graduan lain datang memeluk dan meraikan anak mereka, namun saya hanya mampu memeluk ijazahnya sahaja,” katanya sebak ketika ditemui selepas mengambil skrol anaknya.

Ibu tunggal kepada lima beradikitu­berkata,Mohammad Sadan seorang anak sangat baik, berdikari dan tidak banyak cakap berbanding adik-beradik lain.

“Beberapa hari sebelum meninggal, saya lihat dia lebih suka mendiamkan diri. Walaupun tahu arwah seorang pendiam, tetapi ia sangat berbeza,” katanya yang berasal dari Tawau.

Seramai 5,003 graduan terdiri daripada 4,276 ijazah sarjana muda, 603 ijazah sarjana, 55 doktor falsafah dan 69 diploma diraikan pada Majlis Konvokesye­n UMS kali ini.

 ??  ?? SUHAIMI (kiri) menerima skrol ijazah arwah anaknya daripada Ketua Menteri Sabah merangkap Pro-Canselor UMS Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal.
SUHAIMI (kiri) menerima skrol ijazah arwah anaknya daripada Ketua Menteri Sabah merangkap Pro-Canselor UMS Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal.
 ??  ?? KETUA Menteri Sabah merangkap Pro-Canselor UMS Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal menyampaik­an Ijazah Anumerta kepada Merna (kiri).
KETUA Menteri Sabah merangkap Pro-Canselor UMS Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal menyampaik­an Ijazah Anumerta kepada Merna (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia