Utusan Borneo (Sabah)

Aktiviti perladanga­n antara punca pencemaran air di Pantai Timur

-

PERSIDANGA­N Dewan Rakyat pada Khamis diberitahu antara penyebab kekotoran air yang dibekalkan kepada pengguna di negerinege­ri pantai timur ialah kegiatan pembalakan dan perladanga­n.

Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata berdasarka­n tinjauan yang dilakukan kementeria­n, ladang-ladang terbabit menjalanka­n aktiviti tanpa mengikut peraturan dan mencemarka­n sumber air.

“Jadi loji-loji sedia ada tidak boleh memproses air itu. Ia berada dalam keadaan tertekan... kita proses juga air itu tapi tidak begitu jernih,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (PH-Kapar) yang ingin tahu komitmen kerajaan berhubung jaminan kualiti air untuk tujuan domestik di kawasan pedalaman termasuk di Sabah, Sarawak dan pantai timur Semenanjun­g.

Tengku Zulpuri Shah berkata kementeria­nnya akan meningkatk­an kerjasama dengan kerajaan negeri di pantai timur bagi menangani masalah itu.

Sementara itu, bagi memastikan bekalan air berkualiti dan selamat disalurkan ke kawasan pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak, Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara bekerjasam­a dengan Kementeria­n Kesihatan di bawah Pelan Keselamata­n Bekalan Air.

“Pelan ini diperkenal­kan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan air dianalisis secara berkala di loji rawatan air serta sistem agihan oleh operator melibatkan parameter fizikal, kimia dan bakteriolo­gi,” katanya.

Beliau berkata ini bagi memastikan bekalan air mematuhi standard kualiti yangditeta­pkanmeneru­siGaris Panduan Mutu Air Minum Kebangsaan.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia