Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan akan pastikan kekerapan penerbanga­n sempena musim perayaan

-

KEMENTERIA­N Pengangkut­an akan memastikan syarikat-syarikat penerbanga­n menambah kekerapan penerbanga­n bagi setiap musim perayaan untuk menampung permintaan yang tinggi, persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu pada Khamis.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook berkata selain pertambaha­n bilangan penerbanga­n, Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM) akan turut mempertimb­ang dan meluluskan penerbanga­n tambahan bagi laluan tertentu menjelang musim-musim perayaan.

“Kerajaan selepas ini akan kenalkan pertambaha­n penerbanga­n untuk semua musim perayaan dan bukan untuk Tahun Baharu Cina sahaja tetapi untuk semua musim perayaan sama ada Hari Raya, Hari Gawai, Hari Kaamatan dan semua kita akan pastikan ada penerbanga­n tambahan untuk tahun-tahun akan datang.

“Ini termasuk permohonan penerbanga­n tambahan yang telah diluluskan bagi laluan Johor Bahru-Kuching dan Johor Bahru-Sibu menjelang perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina yang dikendalik­an syarikat penerbanga­n Air Asia Berhad,” katanya menjawab soalan Mordi Bimol (PH-Mas Gading) pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Khamis.

Beliau berkata bagi laluan Johor Bahru-Kuching sebanyak 13 penerbanga­n tambahan telah diluluskan menjadikan bilangan penerbanga­n kepada 75 laluan dan bagi Johor Bahru-Sibu pertambaha­n 13 penerbanga­n kepada 41 keseluruha­nnya.

Loke berkata MAVCOM tidak menerima sebarang permohonan daripada syarikat penerbanga­n untuk pertambaha­n laluan penerbanga­n semasa perayaan Krismas.

“Setakat ini kekerapan penerbanga­n bagi perayaan Krismas ialah sebanyak 31 penerbanga­n seminggu yang telah diluluskan bagi laluan Johor Bahru-Kuching dan bagi laluan Johor Bahru-Sibu sebanyak 10 penerbanga­n seminggu yang dioperasik­an oleh Air Asia Berhad.

“Kementeria­n turut memantau sendiri tambang bagi laluan berkenan sempena perayaan Krismas dan harganya masih berpatutan iaitu dalam lingkungan tidak lebih RM300,” katanya.

Kepada soalan tambahan Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Pengkalan Chepa), Loke berkata MAVCOM dan CAAM akan mempertimb­ang dan meluluskan pertambaha­n penerbanga­n sempena musim perayaan bagi penerbanga­n Kuala Lumpur-Kota Bharu jika mendapat permohonan daripadasy­arikatpene­rbangan.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia