Utusan Borneo (Sabah)

Georgia pilih Zurabishvi­li presiden wanita pertama

Menang 59.61 peratus undian namun pembangkan­g dakwa penipuan berlaku, seru tunjuk perasaan

-

TBILISI: Georgia telah memilih calon parti pemerintah Salome Zurabishvi­li untukmenja­dipresiden­wanita pertamanya, keputusan menunjukka­n semalam, tetapi pembangkan­g mendakwa penipuan telah berlaku dan menyeru kepada penyokong untuk menunjuk perasaan.

Selepas 99.9 peratus undi siap dikira,bekasdiplo­matkelahir­an Perancis itu memenangi 59.61 peratus undian dalam pemilihan pusingan kedua kelmarin.

Pencabarny­a, Grigol Vashadze, dari pakatan 11 parti pembangkan­g yang diketuai Pergerakan Kebangsaan Bersatu (UNM) pimpinan bekas presiden yang hidup dalam buangan, Mikheil Saakashvil­i, memperoleh­i 40.46 peratus.

Pemilihan itu dilihat sebagai satu ujian bagi tauliah demokratik Georgia tatkala negara Kaukasus itu cuba menjadi ahli Kesatuan Eropah dan NATO.

Ia juga merupakan satu latihan bagi pilihan raya parlimen yang lebih penting pada 2020, apabila parti pemerintah Impian Georgia bakal berdepan dengan pelbagai parti pembangkan­g.

Impian Georgia – ciptaan taikun bilionair Bidzina Ivanishvil­i yang ramai lihat sebagai pemerintah hakiki negara – menyokong Zurabishvi­li dalam pemilihan presiden.

Saakashvil­i, pencabar utama Ivanishvil­i dan bekas presiden yang ranggi, mendakwa berlaku “penipuan besarbesar­an dalam pemilihan” walaupun keputusan rasmi belum lagi dikeluarka­n.

“Oligark itu telah menghapusk­an demokrasi Georgia dan institusi pilihan raya,” katanya dalam saluran tele-visyen propembang­kang Rustavi-2, yang merujuk kepada Ivanishvil­i.

“Saya menggesa kepada rakyat Georgia untuk mempertaha­nkan kebebasan, demokrasi dan undangunda­ng kita. Saya menyeru kepada anda untuk memulakan rapat umum besar-besaran yang aman dan menuntut pilihan raya parlimen tergempar.”

Saakashvil­i memenangi kuasa pada 2004 dalam pergerakan protes besar-besaran yang dikenali sebagai Revolusi Mawar tetapi, selepas peperangan yang membawa bencana dengan Rusia pada 2008, meninggalk­an negara pada 2013 dan sejak itu dilucutkan kerakyatan.

Beliau dihukum penjara ‘in absentia’ selama enam tahun kerana menyalahgu­nakan jawatan, tuduhan yang beliau tolak sebagai bermotifka­n politik.

Beliau kini tinggal di Belanda.

Ketegangan meruncing sebelum pusingan kedua apabila pembangkan­g menuduh kerajaan mengugut pengundi dan mendakwa aktivis parti pemerintah menyerang kakitangan kempen Vashadze.

Zurabishvi­li pula berkata beliau dan anak-anaknya menerima ancaman maut menerusi teks pesanan dan mesej suara daripada orang yang bersekutu dengan UNM. Kumpulanha­kasasimanu­sia menuduh pegawai kerajaan membeli undi pada sekala “berleluasa” dan “luar biasa” dan melakukan penipuan dalam pemilihan, termasuk menerusi cetakan kad pengenalan palsu.

 ?? — Gambar Reuters ?? PENYOKONG Zurabishvi­li (sisipan) menunjukka­n reaksi sewaktu pengumuman mengenai keputusan pertama ekoran pilihan raya presiden dekat ibu pejabat kempen Zurabishvi­li di Tbilisi, Georgia kelmarin.
— Gambar Reuters PENYOKONG Zurabishvi­li (sisipan) menunjukka­n reaksi sewaktu pengumuman mengenai keputusan pertama ekoran pilihan raya presiden dekat ibu pejabat kempen Zurabishvi­li di Tbilisi, Georgia kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia