Utusan Borneo (Sabah)

Putin pertahan tindakan tentera Rusia rampas tiga kapal Ukraine

-

MOSCOW: Presiden Vla-dimir Putin menegaskan tentera Rusia sewajarnya merampas tiga kapal Ukraine pada hujung minggu le-pas, tetapi Presiden Do-nald Trump menyuaraka­n “kebimbanga­n mendalam” mengenai tindakan Moscow ke atas sebuah negara sekutu Amerika Syarikat (AS).

Dalam kenyataan per-tamanya yang meluas sejak konfrontas­i di laut pada Ahad lepas, Putin berkata ia telah didalangi Kiev sebagai satu “provokasi”.

Beliau berkata kapal Ukraine memasuki perairan wilayah Rusia dan enggan mendengar permintaan untuk berhenti oleh bot peronda Rusia.

“Apakah yang mereka (tentera Rusia) harus buat?” kata Putin kelmarin apabila ditanya tentang insiden itu di satu forum pelaburan antarabang­sa di Moscow.

“Mereka menunaikan tugasan ketenteraa­n mereka. Mereka menunaikan fungsi mereka yang sah untuk melindungi sempadan Rusia. Mereka pasti akan melakukan perkara yang sama di negara anda.”

Moscow dan Kiev melempar tuduhan dengan marah kepada satu sama lain sejak kapal tentera laut Rusia menembak, menaiki dan merampas tiga kapal Ukraine terbabit di perairan pantai Crimea.

Selepas memberi amaran tentang ancaman “perang besar-besaran”, Presiden Ukraine Petro Poroshenko kelmarin menandatan­gani akta untuk melaksanak­an undang-undang tentera selama 30 hari di wilayah yang bersempada­n dengan Rusia, Laut Hitam dan Laut Azov.

Beliau turut merayu kepada anggota NATO termasuk Jerman untuk menghantar kapal tentera laut ke rantau berkenaan bagi menyokong negaranya dalam ketegangan itu.

“Jerman merupakan salah satu sekutu kami yang pa-ling erat, dan kami harap negara-negara dalam NATO kini bersedia untuk menghantar kapal tentera laut ke Laut Azov bagi membantu Ukraine dan menyediaka­n keselamata­n,” katanya dalam kenyataan yang diterbitka­n semalam oleh akhbar harian Bild di Jerman.

Kerajaan Barat memberikan sokongan kepada Kiev, dan menuduh Rusia menyekat akses secara haram ke Laut Azov, yang digunakan oleh kedua-dua negara, selain menggunaka­n kekerasan tanpa kewajaran.

Trump pada Selasa lepas mengancam untuk membatal-kan rundingan dengan Putih di sidang kemuncak G20 pada minggu ini di Buenos Aires berhubunga­n insiden itu.

White House kelmarin berkata Trump dan rakan sejawatan dari Turki, Recep Tayyip Erdogan, membincang­kan insiden UkraineRus­ia menerusi telefon dan “kedua-dua pemimpin me-nyuarakan kebimbanga­n mendalam tentang insiden di Selat Kerch dan penahanan kapal dan anggota kru Ukraine yang berterusan”.

Kremlin berkata ia masih menjangka pertemuan Putin-Trump akan berlangsun­g dan menepis ancaman pembatalan, dan penasihat dasar luar Yuri Ushakov berkata: “Pertemuan itu sama-sama diperlukan oleh kedua-dua pihak.”

Kapal Ukraine terbabit – sebuah kapal tunda dan dua kapal meriam –cuba melintasi Selat Kerch dari Laut Hitam ke Laut Azov, tetapi dinafikan akses dan diusir ke perairan antarabang­sa oleh 10 kapal Rusia.

Kiev menuntut pemulangan kapalnya dan pembebasan 24 kelasi yang ditahan sewaktu konfrontas­i itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia