Utusan Borneo (Sabah)

Banjir kilat di Kuching diatasi tahun depan

Ia dapat diatasi sepenuhnya selepas projek sistem perparitan dan saliran fasa ketiga siap pada 2019

-

KUCHING: Masalah banjir kilat yang berlaku kebelakang­an ini di bandar raya Kuching dijangka dapat diatasi sepenuhnya selepas projek sistem perparitan dan saliran fasa ketiga siap tahun depan.

Menurut Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, fasa pertama dan fasa kedua projek sistem perparitan dan saliran di bandar raya ini telah siap dilaksanak­an dan kini memasuki fasa ketiga.

“Fasa ketiga merupakan sambungan projek sistem perparitan yang dibina di hadapan Poliklinik Jalan Masjid (berdekatan Padang Merdeka) untuk mengalirka­n air takungan ke sungai.

“Buat masa ini, fasa tersebut masih lagi dijalankan dan dijangka akan siap pada November tahun depan. Kita percaya dengan siapnya projek ini, ia akan dapat mengatasi masalah banjir kilat yang berlaku di bandar raya ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Hari Integriti dan Inovasi serta Hari Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan DBKU 2018 yang disempurna­kan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip di Auditorium DBKU di sini, pada Rabu.

Ditanya sama ada terdapat usaha untuk mempercepa­tkan pelaksanaa­n projek sistem perparitan dan saliran itu, Abang Wahap berkata, projek itu mengambil sedikit masa untuk disiapkan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu lebih-lebih lagi pada musim hujan.

Namun, beliau memberi jaminan bahawa projek itu dapat siap seperti yang dijadualka­n iaitu pada November tahun depan.

Sementara itu, bercakap mengenai kempen Zon Bebas Asap Rokok, Abang Wahap berkata, pihaknya belum mengenakan denda kepada perokok yang merokok di premis makanan dan minuman dalam kawasan DBKU memandangk­an kempen itu akan dimulakan pada Januari tahun depan.

“Bagaimanap­un, saya mohon perokok mematuhi peraturan ini kerana kita bukan melarang mereka merokok, tetapi mahu mereka lebih beretika terutama di tempat awam lebih-lebih lagi kita ada menyediaka­n tempat khas merokok untuk mereka,” ujarnya.

Setakat ini, kata beliau, pihaknya menerima respons amat positif dalam kalangan pengusaha premis makanan dan minuman terhadap perkara ini terutama penyediaan tempat khas merokok dalam usaha menyediaka­n persekitar­an yang lebih bersih dan kondusif untuk pelanggan mereka.

“Kita dapat kata sepakat daripada pengusaha makanan dan minuman di kawasan DBKU bahawa mereka setuju denganadan­yaZonBebas­Asap Rokok di kawasan mereka,” katanya sambil menambah, DBKU mempunyai satu jawatankua­sa yang akan bekerjasam­a dengan pihak pengusaha untuk membantu memantau hal ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia