Utusan Borneo (Sabah)

Keysight Technologi­es sumbang peralatan bernilai RM100,000 kepada UCTS

-

SIBU: Keysight Technologi­es menyumbang penganalis­is tenaga PA2201A bernilai RM100,000 kepada Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) Rabu lepas.

Sumbangan itu bertujuan memperting­katkan lagi pengalaman pengajaran dan pembelajar­an di UCTS.

Naib Canselor UCTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid menerima sumbangan yang disampaika­n Pengurus Pembanguna­n Pendidikan Asia Pasifik Keysight Technologi­es Daniel Yap.

Ketika ditemui pemberita, Daniel berkata, Keysight Technologi­es kini merupakan syarikat ujian dan pengukuran elektronik terkemuka di dunia.

“Bersama Tekmark Sdn Bhd, kedua-duanya telah menjadi rakan kongsi yang sangat proaktif dan memberi sokongan kepada UCTS.

“Di samping itu, Keysight Technologi­es juga salah satu daripada ahli Majlis Penasihat Industri Universiti UCTS (UNIAC) yang menjadi penasihat industri ke arah

(empat kanan) menerima simbolik replika sumbangan yang disampaika­n Daniel (empat kiri) di UCTS.

pembanguna­n UCTS,” jelasnya.

Daniel berkata, penganalis­is kuasa ini juga boleh digunakan untuk tujuan penyelidik­an dan pembanguna­n dengan menganilis­is bekalan kuasa, inverter, penukar, Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV), Kenderaan Elektrik (EV) dan Kenderaan Elektrik Plug-in (PHEV).

“Model ini juga boleh digunakan sebagai simpanan tenaga seperti UPS, sandaran bateri dan sistem siaga. Ia juga mengukur dan menganalis­is sistem elektro-mekanikal sepertipen­cahayaan,peralatan, mesin perindustr­ian dan robotik.

“Penganalis­is kuasa PA2210A adalah alat pengukur yang padat dan ringan. Ia juga mudah alih yang sangat sesuai untuk digunakan dalam bidang berkaitan,” ujarnya.

Dalam ucapannya, Khairuddin berterima kasih kepada Keysight Technologi­es kerana telah memilih UCTS untuk menerima tajaan tersebut.

Katanya, UCTS akan memanfaatk­an penganalis­is kuasa itu untuk pengajaran dan pembelajar­an pelajar.

Sementara itu, Keysight Technologi­es dan Tekmark Sdn Bhd juga mengadakan ceramahind­ustrikepad­apelajar Kejurutera­an Elektrikal UCTS mengenai teknologi terkini pembanguna­n dalam ujian dan pengukuran.

Turut diadakan sesi demonstras­i untuk semua pelajar bagi mendidik mereka membiasaka­n semua fungsi penganalis­is kuasa PA2201A dan penggunaan.

 ??  ?? KHAIRUDDIN
KHAIRUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia