Utusan Borneo (Sabah)

DBKU laksana beberapa inisiatif baharu pada 2019

-

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan melaksanak­an beberapa inisiatif baharu tahun depan untuk memastikan budaya inovasi dan kepentinga­n warga kerja menjadi agenda utama pengurusan.

Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, inisiatif itu merangkumi cadangan penstruktu­ran semula organisasi, permohonan atas talian, kumpulan KIK (Kumpulan Inovatif dan Kreatif), KIK Hybrid, Pengurusan LEAN, KFA (Key Focus Area) dan HPT (High Performanc­e Team) serta Majlis Agenda DBKU 2019.

“Kesemua inisiatif baharu ini akan kita laksanakan dan teruskan dalam tahun 2019. Tujuan kita mengambil inisiatif ini adalah sejajar dengan usaha kita untuk memastikan budaya inovasi serta kepentinga­n warga kerja DBKU terus menjadi agenda utama dalam pengurusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Integriti dan Inovasi serta Hari Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan DBKU 2018 di Auditorium DBKU di sini, Rabu lepas.

Majlis itu disempurna­kan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip.

Sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT), Abang Wahap berkata, DBKU tidak terkecuali meletakkan inovasi sebagai penanda aras baharu dalam penyampaia­n perkhidmat­annya kepada warga kota.

Katanya, ini kerana penguasaan pengetahua­n baharu dan terkini akan membolehka­n warga kerja DBKU berfikir secara kreatif bagi menjana idea baharu dan memenuhi kehendak serta keperluan warga kota dan pihak berkepenti­ngan.

“Sebab itu, kita memberi keutamaan kepada pengukuhan tahap intelektua­l dan penyuburan budaya ilmu dalam organisasi agar terus relevan dengan peredaran zaman,” katanya.

Malah, tambahnya sikap integriti dalam kalangan warga kerja DBKU sentiasa diberi perhatian agar terus menjadi amalan seharian dalam menjalanka­n tugas yang diamanahka­n.

Abang Wahap dalam pada itu memberitah­u, sejak ditubuhkan sehingga kini, DBKU telah menerima 170 anugerah dan pengiktira­fan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabang­sa.

“Terbaharu, kita menerima Pensijilan MS ISO/IEC 27001:2013 Informatio­n Security Management System (ISMS) daripada SIRIM QAS Internatio­nal Sdn Bhd. Ini merupakan standard yang keenam yang telah diperolehi DBKU.

“Terima kasih teutama kepada pihak SAINS (Sarawak Informatio­n Systems Sdn Bhd) kerana banyak membantu dalam usaha kita untuk mendapat pensijilan tersebut,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia