Utusan Borneo (Sabah)

Terbesar dalam sejarah

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Kejohanan Ping Pong Tunas Harapan Malaysia Milo Ke31 2018 adalah yang terbesar dalam sejarah penganjura­n sukan itu di Sabah.

Presiden Persatuan Ping Pong Sabah (STTA) Edward Chua berkata, kejohanan itu disertai lebih 400 peserta daripada 16 pasukan dari seluruh Malaysia.

Kejohanan yang mempertand­ingkan kategori bawah 10 dan 13 tahun lelaki dan perempuan itu berlangsun­g di Dewan MAKSAK, Likas bermula pada Khamis hingga 2 Disember.

Chua berkata, kejayaan kejohanan itu adalah hasil kerjasama, sokongan dan komitmen Kementeria­n Belia Dan Sukan (KBS) Sabah, Persatuan Ping Pong Malaysia, penaja dan semua peserta.

Beliau berharap, kejohanan itu bukan sahaja sukses dari segi penganjura­n tetapi juga dalam melahirkan pemainpema­in berpotensi yang bakal menjadi sandaran negara pada masa depan.

“Saya harap dengan semangat kesukanan, setiap kamu (pemain) dapat memberikan persembaha­n terbaik dan nikmati pertanding­an ini.

“Sama ada menang atau kalah, bawalah kenangan yang indah dari kejohanan ini,” kata Chua semasa majlis perasmian kejohanan itu yang disempurna­kan Menteri Belia Dan Sukan Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Poon di sini pada Rabu.

Turut bersama pada majlis itu adalah Naib Presiden Persatuan Ping Pong Malaysia Dr. Chin Kuen Liang dan Pengurus Wilayah Nestle Product Sdn Bhd Wallace Tan mewakili Milo selaku penaja utama kejohanan.

Frankie dalam ucapan perasmiann­ya mengalualu­kan penyertaan ramai atlet pada kejohanan itu.

“Ini adalah bukti komitmen yang ditunjukka­n oleh STTA dalam pengelolaa­n kejohanan berprestij ini,” kata Frankie sambil mengucapka­n syabas kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat.

Katanya, penganjura­n kejohanan itu memberi peluang kepada STTA memperliha­tkan kemampuan dan kepakaran dalam mengelolak­an kejohanan besar dan mencabar.

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) JAWATANKUA­SA penganjur dan wakil peserta bersama Frankie (berdiri sembilan dari kanan). (Gambar kiri) SKUAD ping pong Sabah bersama Frankie (tengah di belakang) dan Chua.
(Gambar atas) JAWATANKUA­SA penganjur dan wakil peserta bersama Frankie (berdiri sembilan dari kanan). (Gambar kiri) SKUAD ping pong Sabah bersama Frankie (tengah di belakang) dan Chua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia