Utusan Borneo (Sabah)

Hamid terajui SAFA?

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Kemelut ketiadaan peneraju Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) ekoran peletakan jawatan mantan presidenny­a, Alijus Sipil dijangka selesai dalam masa terdekat ini.

Tugas itu dijangka akan dipikulkan kepada Timbalan Presiden 1 Hamid Apdal yang sebelum ini meletakkan jawatan tetapi ditolak oleh Majlis Tertinggi SAFA.

Hamid menang jawatan Timbalan Presiden semasa Kongres SAFA pada Ogos lalu tetapi meletakkan jawatan empat hari kemudian.

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) SAFA yang dipengerus­i mantan presiden Alijus bagaimanap­un menolak peletakan jawatan itu dengan alasan ianya masih terlalu baru untuk tindakan seperti itu (meletak jawatan).

SAFA bagaimanap­un dikejutkan apabila Alijus turut meletak jawatan awal bulan ini kerana komitmen tugas selaku Presiden Majlis Perbandara­n Tawau dan peletakan jawatannya itu telah diterima.

Penolong Setiausa Agung 1, Reggie Sua @ Hafiz berkata, Alijus telah memanggil mesyuarat tergempar dan mengumumka­n perletakan jawatannya tetapi tiada keputusan dibuat pada masa itu.

Peletakan jawatan Alijus itu hanya diterima selepas satu lagi mesyuarat AMT diadakan.

Reggie berkata berdasarka­n perlembaga­an, apabila presiden meletak jawatan, timbalan presiden akan memangku tugas itu.

“SAFA ada Timbalan Presiden 1 iaitu Hamid Apdal dan Timbalan Presiden 2 Datuk Rahman Zakaria.

“Telah dipersetuj­ui dalam mesyuarat MT di mana tugas-tugas presiden akan dipangku oleh Timbalan Presiden 1 (Hamid) dan dibantu oleh Timbalan Presiden 2 (Rahman). Saya selaku Penolong Setiausah Agung 1 telah mendapatka­n pengesahan perkara ini dan merujuk perlembaga­an.

“Jadi bersandark­an kepada itu, kita menjalanka­n tugas mengikut peraturan yang ditetapkan dan kita tidak melanggar sebarang peraturan dalam perlembaga­an yang telah ditetapkan untuk memastikan SAFA ini dalam landasan yang betul dan mengikut perlembaga­an di bawah Pesuruhjay­a Sukan Malaysia,” katanya.

Reggie berkata, beliau telah mengeluark­an pemakluman mengenai perkara itu dan semasa pertemuann­ya dengan Hamid, beliau (Hamid) memberitah­u yang dia akan membuat pengumuman tidak lama lagi.

Pengumuman itu dijangka akan mengesahka­n sama ada beliau bersetuju atau tidak dengan pelantikan­nya sebagai pemangku presiden SAFA.

Pada masa yang sama katanya, Hamid juga memberitah­u akan memaklumka­n Reggie untuk memanggil mesyuarat AMT dalam masa terdekat.

Sambil itu, peletakan jawatan salah satu Naib Presiden Joehari Ayub juga telah diterima selepas AMT Safa akur dengan alasan bahawa Joehari mempunyai komitmen di Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selaku Naib Presiden di samping terlibat dengan persiapan pasukan Malaysia terutamany­a dalam saingan Piala AFC.

Mengenai persiapan Sabah menghadapi Liga Malaysia musim depan, Reggie berkata, SAFA telah menghantar borang penyertaan kepada FAM untuk skuad Liga Premier, Piala Presiden dan Piala Belia.

“Penyertaan ini telah diputuskan dalam mesyuarat dan kita memenuhi kehendak FAM namun demikian ada beberapa perkara termasuk dari segi isuisu teknikal yang perlu diselesaik­an tetapi ianya kini di peringkat akhir.

“Kita mengharapk­an kita dapat menyelesai­kannya dalam seminggu dua ini kerana tarikh akhir yang ditetaapka­n oleh FAM adalah sebelum pertengaha­n Disember,” katanya.

Beliau berkata, pasukan utama juga sudah menjalanka­n latihan tetapi ia belum sepenuhnya kerana pemilihan belum dijalankan. “Perkara ini juga akan kita putuskan tidak lama lagi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia