Utusan Borneo (Sabah)

Pencapaian luar biasa kontinjen Para Sukma Sabah

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Merangkul 36 pingat emas di samping 28 perak dan 30 gangsa pada Kejohanan Para Sukan Malaysia (Sukma) XIX Perak 2018 adalah pencapaian luar biasa kontinjen Sabah.

Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia Dan Sukan Sabah Datuk Awang Damit Awang Anak berkata, ia adalah sejarah baru Sabah dalam kejohanan itu.

Sejarah baru itu turut diwarnai dengan kejayaan atlet olahraga lelaki T37, Jacklon Ganding yang telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah Olahragawa­n.

Jacklon merangkul pingat emas dengan rekod baharu semua tiga cara yang disertainy­a iaitu 100m, 200m dan lompat jauh.

“Pada 2016 di Sarawak kita hanya mencapai 25 pingat emas dan menduduki tempat keempat tetapi tahun ini kita mencapai 36 pingat emas dan muncul naib juara.

“Atlet kita, Jacklon juga telah dinobatkan sebagai pemenang Olahragawa­n atau pun atlet terbaik Para Sukma 2018.

“Ini adalah pencapaian luar biasa yang amat membanggak­an. Sejauh mana yang saya tahu, ini adalah pencapaian luar biasa ...yang terbaik setakat ini. Untuk itu saya bagi pihak Kerajaan Negeri khasnya daripada Kementeria­n Belia Dan Sukan (KBS) Sabah mengucapka­n syabas kepada kontinjen Para Sukma Sabah 2018 yang telah membawa dan mengangkat martabat negeri Sabah,” katanya.

Awang Damit berkata demikian ketika ditemui semasa menyambut ketibaan skuad Sabah dan Jacklon di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) pada petang Khamis.

Jacklon ketika ditemui berkata, dia juga terkejut dengan kejayaanny­a termasuk dinobatkan sebagai Olahragawa­n pada sukan dwi tahunan itu.

“Ini adalah penyertaan ketiga saya pada Para Sukma selepas di Perlis pada 2014 dan Sarawak 2016.

“Sebelum ini saya hanya menangpera­k.Inikaliper­tama saya menang pingat emas dan dapat anugerah Olahragawa­n. Terkejut jugalah,” kata atlet berusia 19 tahun dari Keningau dan mendapat bimbingan jurulatih Tony Sawan berkenaan.

Jacklon berkata, sasaran seterusnya adalah mewakili negara ke Sukan Para Asian.

Jacklon mencatat 12.39s dalam acara 100m, 25.75s acara 200m dan 5.39m lompat jauh, semuanya merupakan rekod baru kejohanan.

Sabah menghantar kontinjen dengan kekuatan 159 orang (98 atlet dan 61 pegawai) menyertai sembilan jenis sukan pada kejohanan yang berlangsun­g dari 21 November hingga 28 November berkenaan.

Skuad olahraga menjadi lubuk pingat dengan sumbangan 19 emas, 12 perak dan 10 gangsa (1912-10) diikuti renang (63-4), ping pong (4-5-11), memanah (3-4-1), catur (33-2), badminton (1-0-1) dan tenpin boling (0-1-1).

Sabah hanya gagal meraih pingat dalam sukan powerlifti­ng (angkat berat) dan boling padang.

Sambil itu, Sarawak mengekalka­n gelaran juaranya dengan 61 emas, 62 perak dan 39 gangsa manakala pasukan tuan rumah Perak di tempat ketiga dengan 29 emas, 33 perak dan 22 gangsa.

Turut menyambut ketibaan skuad Sabah adalah Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah, Terrance Edward Pudin.

 ??  ?? JACKLON menunjukka­n tiga pingat emas yang dimenangin­ya ketika ditemui di LTAKK.
JACKLON menunjukka­n tiga pingat emas yang dimenangin­ya ketika ditemui di LTAKK.
 ??  ?? REAKSI sebahagian daripada anggota kontinjen Para Sukma Sabah (pakaian merah biru) pada majlis penutupan, Rabu lalu.
REAKSI sebahagian daripada anggota kontinjen Para Sukma Sabah (pakaian merah biru) pada majlis penutupan, Rabu lalu.
 ??  ?? BEBERAPA atlet skuad Para SUKMA Sabah yang tiba awal disambut Awang Damit dan Terrance di LTAKK pada Khamis.
BEBERAPA atlet skuad Para SUKMA Sabah yang tiba awal disambut Awang Damit dan Terrance di LTAKK pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia