Utusan Borneo (Sabah)

Atlet triathlon Sabah cemerlang

Kejohanan Ironman Malaysia, Langkawi 2018

-

KOTA KINABALU: Kejohanan Ironman telah berlangsun­g di Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Sukan triathlon melibatkan tiga disiplin iaitu 3.8km berenang, 180km berbasikal dan 42.2km berlari.

Seramai lebih dua ribu atlet dari seluuruh dunia telah mengambil bahagian pada kejohanan Ironman kali ini dan penyertaan peserta tempatan telah meningkat dari 400 ke 700 orang.

Bilangan ini turut melibatkan seramai 15 atlet triathlon dari Sabah.

Kesemua peserta ini adalah di bawah payung Sabah Triathlon Associatio­n (STA). Paling membanggak­an adalah kesemua mereka berjaya menamatkan kesemua disiplin dalammasay­ang ditetapkan. Ahmadul Tahir merupakan atlet terpantas dari Sabah dengan catatan 12 jam 39 minit 31 saat pada Ironman Malaysia kali ini manakala Bonaventur­e George berada di rangking kedua dengan catatan 13 jam 52 minit 56 saat.

Peserta-peserta lain adalah seperti Cornelius Koh dengan (14 jam 46 minit 50 saat), Ahmad Marzuki (15 jam 10 minit 4 saat), Anslem Tan (15 jam 13 minit 2 saat), Joh Wid (16 jam 41 minit 46 saat), Dr Shazharn Md Zain (16 jam 42 minit 50 saat), Masdi Ahmad Mus (16 jam 56 minit 18 saat) dan Pamela Fletcher dengan catatan masa 16 jam 56 minit 18 saat.

Pamela adalah peserta tunggal wanita Sabah dan merupakan penyertaan kali pertama beliau.

Manakala di dalam acara Ironman 70.3 pula di mana peserta perlu menghabisk­an 1.9km berenang, 90km berbasikal dan 21km berlari, di mana seramai lima orang atlet Sabah telah mengambil bahagian.

Rayner Turbius Ignatius telah mencatatka­n masa pantas iaitu 6 jam 16 minit 50 saat, diikuti oleh Amelia Uhen (6 jam 25 minit 5 saat), M Hakimi Yusof (7 jam 16 minit 34 saat), Euphemia Thien (7 jam 33 minit 17 saat) dan Dr Mohamad Nizam Nazarudin ( 7 jam 33 minit dan 58 saat).

Kali ini STA juga menampilka­n atlet kanak-kanak dalam Ironkid iaitu Ian Joh yang berjaya berenang sejauh 110 meter dan berlari sejauh 1.5km.

STA akan merancang lebih banyak program dalam memperkemb­angkan

BONAVENTUR­E George semasa acara larian.

sukan triathlon di Sabah dan berharap lebih ramai peserta dapat dihantar pada masa akan datang.

STA turut berharap akan ada atlet Sabah yang layak ke Kejohanan Dunia Ironman dan Ironman 70.3 pada masa akan datang.

 ??  ??
 ??  ?? DR NIZAM semasa acara berbasikal. DR NIZAM meraih kegembiraa­n di garisan penamat. AHMAD Marzuki presiden STA di garisan penamat selepas menyelesai­kan disiplin Ironman Malaysia.
DR NIZAM semasa acara berbasikal. DR NIZAM meraih kegembiraa­n di garisan penamat. AHMAD Marzuki presiden STA di garisan penamat selepas menyelesai­kan disiplin Ironman Malaysia.
 ??  ?? PESERTA Ironman Langkawi dari Sabah di bawah payung Sabah Triathlon Associatio­n (STA).
PESERTA Ironman Langkawi dari Sabah di bawah payung Sabah Triathlon Associatio­n (STA).
 ??  ?? DR NIZAM selepas menamatkan kesemua acara dalam Ironman 70.3.
DR NIZAM selepas menamatkan kesemua acara dalam Ironman 70.3.
 ??  ?? ELITE Ironman Ahmadul Tahir semasa acara larian.
ELITE Ironman Ahmadul Tahir semasa acara larian.
 ??  ?? IAN Joh atlet Ironkids bersama ibu bapanya selepas menamatkan larian dan berenang.
IAN Joh atlet Ironkids bersama ibu bapanya selepas menamatkan larian dan berenang.
 ??  ?? AHMAD Marzuki selepas menyelesai­kan acara berenang.
AHMAD Marzuki selepas menyelesai­kan acara berenang.
 ??  ??
 ??  ?? ANSLEM Tan bersama isteri Amelia Uhen dalam acara berenang.
ANSLEM Tan bersama isteri Amelia Uhen dalam acara berenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia