Utusan Borneo (Sabah)

PSKS anjur ‘World Cancer Day Run 2019’

- Oleh SALMAN ABADI

KOTA KINABALU: Persatuan Sukarelawa­n Kanser Sabah (PSKS) akan menganjurk­an larian ‘World Cancer Day Run 2019’ pada 3 Februari depan, jam 6 pagi, bermula di Astaka Padang Tuaran.

PengerusiP­SKSLawrenc­e Imui (gambar) berkata program itu diadakan sempena sambutan Hari Kanser Sedunia 2019.

Katanya, ia bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang penyakit kanser, di samping mengutip dana bagi mengisi tabung persatuan itu.

“Hari Kanser Sedunia yang diadakan pada 4 Februari setiap tahun merupakan satu inisitaif tunggal di mana seluruh dunia boleh bersatu untuk bersama-sama dalam memerangi kanser,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, inisiatif itu dapat menyelamat­kan berjutajut­a kematian yang boleh dicegah setiap tahun dengan meningkatk­an kesedaran serta pendidikan tentang kanser, yang menekan pemerintah dan individu di seluruh dunia agar mengambil tindakan terhadap penyakit itu.

Lawrence berkata, selain daripada aktiviti larian, PSKS juga akan mengadakan beberapa acara seperti ceramah kesedaran dan pendidikan tentang kanser, pameran oleh agensi/jabatan kerajaan dan organisasi bukan kerajaan (NGO), saringan kesihatan serta kempen derma darah.

Menurutnya, program World Cancer Day Run 2019 sejauh 5 kilometer (5km) akan diadakan di Tuaran pada 3 Februari 2019 (Ahad). Pendaftara­n kini telahpun dibuka dan akan ditutup pada 7 Januari 2019.

Setiap peserta larian akan mendapat baju-T, medal dan sijil penyertaan serta cabutan bertuah untuk semua yang berjaya menamatkan larian.

Yuran penyertaan ialah RM60 seorang untuk kategori dewasa dan RM50 seorang untuk kategori pelajar yang berumur 17 tahun ke bawah.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh menghubung­i Lawrence (011-3131 8429), Rufinah (010-232 9931), Haani (013830 4887) atau Allycianit­a (017-897 8913).

Pendaftara­n juga boleh dibuat melalui talian di laman WWW.PERSATUAN SUKARELAWA­NKANSER SABAH.MY

Orang ramai dipelawa menyertai larian ini sebagai usaha memberikan sokongan padu kepada peranan PSKS sekali gus membantu meningkatk­an kesedaran dan pendidikan masyarakat tentang bahaya penyakit kanser.

Untuk rekod, PSKS yang ditubuhkan lebih empat tahun lalu telah berjaya mengendali­kan hampir 100 program ceramah dan pameran kesedaran kanser di 14 daerah di Sabah.

Antara daerah terlibat ialah Tuaran, Kota Belud, Pitas, Kota Marudu, Kudat, Ranau, Keningau, Tambunan, Tenom, Beaufort, Papar dan Sipitang.

Pada 2017, PSKS berjaya membantu seramai 245 wanita berumur 40 tahun ke atas dari beberapa daerah di Sabah untuk ujian mamogram (mengesan kanser payudara) di bawah Skim Subsidi Ujian Mamogram oleh pihak Lembaga Pembanguna­n Penduduk, Keluarga dan Negara (LPPKN) melibatkan daerah Tuaran, Kota Belud, Pitas, Kudat, Tambunan, Keningau dan Sipitang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia