Utusan Borneo (Sabah)

SK Holy Trinity rai kejayaan murid dalam Majlis Anugerah Cemerlang

-

SERAMAI 59 graduan pasca siswazah termasuk pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima enam anugerah yang mengiktira­f pencapaian serta sumbangan cemerlang terhadap penyelidik­an serta penulisan tesis.

Enam anugerah itu adalah Anugerah Tesis Terbaik, Anugerah Pelajar Terbaik Secara Kerja Kursus Mengikut Program, Anugerah Aspirasi Pascasiswa­zah, Anugerah Penyelia Terbaik, Anugerah Pelajar Cemerlang Secara Penyelidik­an dan Anugerah Pelajar Cemerlang Kerja Kursus (Sains/Sastera).

Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr D Kamarudin D Mudin berkata, tanpa dedikasi, disiplin, komitmen dan kesungguha­n tidak mungkin kejayaan itu dapat diperolehi.

“Pendek kata, pengajian di peringkat pascasiswa­zah ini seharusnya mampu memperting­katkan kualiti para graduan.

“Pandangan dan idea mereka selepas ini akan tampak berbeza hasil daripada ilmu dan pengalaman yang diperolehi daripada pengajian yang dilalui,” katanya semasa berucap di Majlis Anugerah Pascasiswa­zah (MAP) 2018, malam Rabu.

Tambah beliau, para graduan yang menjadi alumni mempunyai peranan penting dalam memastikan UMS terus relevan sebagai pusat pengajian tinggi yang boleh memberi manfaat kepada kehidupan masyarakat sekitar dan seantero dunia.

“Sekecil-kecil peranan yang boleh dilakukan adalah dengan membawa imej baik UMS di mana jua anda bekerja atau berada.

“Tonjolkan ketajaman minda dan karisma kepimpinan yang selama ini dicungkil dan digilap semasa mengikuti pengajian di UMS,” ujarnya.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabang­sa) Profesor Dr Rasid Mail.

Turut hadir, Dekan Pusat Pengajian Pascasiswa­zah UMS selaku Pengerusi MAP 2018, Profesor Dr Arsiah Bahron.

 ??  ?? ARSIAH (dua dari kiri) menyampaik­an Anugerah Aspirasi Pascasiswa­zah kepada graduan Doktor Falsafah Dr Rozita Buyoh (kiri) dari Pusat Penataran Ilmu Bahasa (PPIB).
ARSIAH (dua dari kiri) menyampaik­an Anugerah Aspirasi Pascasiswa­zah kepada graduan Doktor Falsafah Dr Rozita Buyoh (kiri) dari Pusat Penataran Ilmu Bahasa (PPIB).
 ??  ?? PENSYARAH Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan Dr Humin Jusilin dianugerah­kan sebagai Penyelia Terbaik.
PENSYARAH Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan Dr Humin Jusilin dianugerah­kan sebagai Penyelia Terbaik.
 ??  ?? RASID (dua dari kiri) menyampaik­an anugerah kepada Graduan dari Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan Dr Imelda Ann Achin sebagai Pelajar Cemerlang Secara Penyelidik­an.
RASID (dua dari kiri) menyampaik­an anugerah kepada Graduan dari Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan Dr Imelda Ann Achin sebagai Pelajar Cemerlang Secara Penyelidik­an.
 ??  ?? GRADUAN dari Fakulti Sains dan Sumber Alam Mohd Norfadil Suardi menerima Anugerah Tesis Terbaik Ijazah Sarjana.
GRADUAN dari Fakulti Sains dan Sumber Alam Mohd Norfadil Suardi menerima Anugerah Tesis Terbaik Ijazah Sarjana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia