Utusan Borneo (Sabah)

50 hadiri Seminar Wanita Anti Jenayah

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BAGI memberi kesedaran kepada golongan wanita di kawasan ini, Unit Pejabat Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Bongawan menganjurk­an Seminar Wanita Anti Jenayah di Dewan Masjid Nurul Hidayah, Bongawan.

Tiga panel jemputan masing-masing wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, Jhewa Sabah dan Persatuan Ibu Tunggal Zon Bongawan menyampaik­an ceramah dalam program selama sehari itu.

Kira-kira 50 orang terdiri daripada golongan ibu tunggal hadir dalam program itu yang dirasmikan Pegawai Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Bongawan Lichet Manuel, mewakili Adun Bongawan Dr Daud Yusuf.

Lichet dalam ucapannya berkata, program berkenaan dilihat dapat meningkatk­an kesedaran golongan terbabit khususnya tentang hakhak mereka dalam pelbagai aspek perundanga­n di negara ini.

Katanya, kumpulan itu dilihat sering menjadi mangsa keadaan sama ada melibatkan korban jenayah, dera, dinafikan hak atau pun diabaikan suami dari segi nafkah serta keganasan rumah tangga.

“Setiap wanita harus memahami hak-hak mereka bagi mengelak perihal situasi ini sama ada melalui seminar seumpama ini atau pun menerusi bahan bacaan dan risalah dikeluarka­n banyak agensi kerajaan.

“Kumpulan ini juga boleh mendapatka­n khidmat nasihat daripada kaunselor yang disediakan kerajaan di semua agensi berkaitan seperti Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat,” katanya.

Lichet turut meminta lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) yang berjuang atas kapasiti wanita supaya tampil menganjurk­an lebih banyak seminar seumpama itu.

Pihaknya menyokong penuh usaha yang dapat memberi informasi perundanga­n agar golongan terbabit tidak lagi sesuka hati ditindas sebagaiman­a kerap didengar selama ini.

“Kita menyokong penuh usaha ini dan ia wajar diteruskan di masa depan kerana dilihat mampu membentuk satu platform yang lebih holistik untuk meningkat kesedaran golongan wanita,” katanya.

 ??  ?? LICHET (duduk, tiga kanan) dan barisan tetamu jemputan menunjukka­n isyarat ‘bagus’ bersama sebahagian peserta dalam majlis itu.
LICHET (duduk, tiga kanan) dan barisan tetamu jemputan menunjukka­n isyarat ‘bagus’ bersama sebahagian peserta dalam majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia