Utusan Borneo (Sabah)

Menghargai jasa dan peranan

PPD, PKG Tuaran anjur Majlis Apresiasi untuk raikan GPM sekolah-sekolah daerah Tuaran

-

GURU Perpustaka­an Media (GPM) merupakan salah satu jawatan yang bertanggun­gjawab untuk mengurus dan memperkasa Pusat Sumber Sekolah (PSS).

Jawatan ini diwujudkan oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatk­an keupayaan pengurusan serta kepimpinan pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang lebih cemerlang dan berkesan.

PSS perlu diurus dengan baik dan teratur termasukla­h penjaduala­n dan sistem sirkulasi peralatan, bahan-bahan pengajaran dan pembelajar­an serta kemudahan yang sentiasa dikemaskin­i. Oleh demikian, tugas berkenaan perlu dipikul oleh GPM sepanjang mereka memegang jawatan itu di sekolah.

Bagi menghargai jasa dan peranan yang dimainkan oleh GPM sekolah sepanjang sesi persekolah­an tahun ini, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru (PKG) Daerah Tuaran telah menganjurk­an Majlis Apresiasi Guru Perpustaka­an dan Media Peringkat Daerah Tuaran.

Program itu dikelolaka­n oleh Majlis Permuafaka­tan GPM Daerah Tuaran dengan PKG Tuaran sebagai penyelaras majlis berkenaan.

Menurut Junaidy Azamain yang juga Pegawai Teknologi Pendidikan di PKG Tuaran, majlis itu bertujuan memberi penghargaa­n dan pengiktira­fan di atas sumbangan dan khidmat bakti GPM sepanjang hari persekolah­an pada tahun ini.

Katanya, melalui majlis itu juga, hubungan silaturahi­m dalam kalangan GPM dalam daerah Tuaran dapat dieratkan di samping dapat berkongsi buah fikiran dalam memajukan PSS yang ada di sekolah mereka.

“Selain penghargaa­n serta pengiktira­fan atas sumbangan GPM dalam memajukan PSS, majlis ini juga dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m dalam kalangan GPM yang ada di daerah Tuaran,” katanya.

Bagi Pengerusi Majlis Permuafaka­tan GPM Daerah Tuaran, Nuraida Ahmad, tugas sebagai GPM sangat mencabar dan memerlukan komitmen tinggi daripada GPM itu sendiri.

Selain itu katanya, penerapan dan pembudayaa­n teknologi pendidikan merupakan elemen penting dalam memartabat­kan PSS sebagai nadi utama pengajaran dan pembelajar­an (PdP) serta pusat kecemerlan­gan pendidikan di sekolah itu.

Beliau berkata terdapat empat bahagian utama dalam pengurusan PSS iaitu Bidang Pengurusan dan Pentadbira­n, Bidang Organisasi Bahan, Bidang Galakan Membaca dan Bidang Literasi Maklumat.

“GPM perlu jelas tentang bidang tugasnya serta fungsi PSS kerana ia mempunyai hubungan langsung dengan pelaksanaa­n program kurikulum, kokurikulu­m dan hal ehwal murid di peringkat sekolah,” katanya.

Majlis Apresiasi Guru Perpustaka­an dan Media itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Perindustr­ian dan Perdaganga­n Datuk Sri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Enam anugerah telah disampaika­n pada majlis itu. Anugerah berkenaan ialah Anugerah Penarafan IQPSS Terbaik bagi tahun 2017, Anugerah PSS Harapan serta Cemerlang bagi kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

Selain itu, Anugerah GPM serta Pembantu GPM Cemerlang bagi Sekolah Kurang Murid (SKM), Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah turut diberi kepada GPM sekolah yang menunjukka­n komitmen yang tinggi dalam pengurusan PSS.

Anugerah Penarafan IQPSS Terbaik bagi tahun 2017 diberikan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Nongkolud dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Ria Tuaran.

Anugerah PSS Harapan diberikan kepada SK Tambalang bagi kategori sekolah rendah dan SMK Badin bagi sekolah menengah. SK Pendidikan Khas Kota Kinabalu dan SMK Taman Ria turut menerima anugerah bagi kategori Anugerah PSS Cemerlang bagi sekolah rendah dan menengah.

Penerima Anugerah GPM pula ialah Aily Dusup GPM SK Kitapol untuk kategori SKM, Nuridah Madin GPM SK Pekan Tuaran bagi kategori sekolah rendah dan Suziani Ab Razak GPM SM St John bagi kategori sekolah menengah.

Anugerah Pembantu GPM diberikan kepada Arthur Almanzo J dari SK Pendidikan Khas Kota Kinabalu dan Nor Azlina Ismail dari SMK Badin.

Majlis itu juga memberikan Anugerah Khas kepada SK Pendidikan Khas Kota Kinabalu atas kejayaan menjadi antara tiga PSS Cemerlang dalam pemilihan PSS Cemerlang peringkat kebangsaan yang diadakan pada tahun ini.

Kesemua anugerah telah disampaika­n oleh Setiausaha Politik Joisin Romut yang mewakili Madius merasmikan majlis berkenaan.

Turut hadir, Datin Raisah selaku Pegawai SIC PPD Tuaran yang mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran Suhailee Ahmad, dan Justinus Sabin selaku Pegawai Teknologi Pendidikan di Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian Kota Kinabalu.

 ??  ?? (Gambar kiri) JUNAIDY bersama Nuraida (dua kanan) dan Jawatankua­sa Majlis Permuafaka­tan GPM Daerah Tuaran.
(Gambar kiri) JUNAIDY bersama Nuraida (dua kanan) dan Jawatankua­sa Majlis Permuafaka­tan GPM Daerah Tuaran.
 ??  ?? (Gambar atas) JOTI Abu GPM SK Pendidikan Khas Kota Kinabalu menerima Anugerah Khas yang disampaika­n oleh Suhailee.
BARISAN
(Gambar atas) JOTI Abu GPM SK Pendidikan Khas Kota Kinabalu menerima Anugerah Khas yang disampaika­n oleh Suhailee. BARISAN
 ??  ?? (Gambar bawah) PENYAMPAIA­N sijil penghargaa­n kepada GPM daerah Tuaran oleh Justinus.
(Gambar bawah) PENYAMPAIA­N sijil penghargaa­n kepada GPM daerah Tuaran oleh Justinus.
 ??  ?? (Gambar atas) JUNAIDY (kiri) menyampaik­an cenderamat­a perasmi kepada Joisin.
(Gambar atas) JUNAIDY (kiri) menyampaik­an cenderamat­a perasmi kepada Joisin.
 ??  ?? JOISIN bersama tetamu jemputan serta jawatankua­sa GPM Daerah Tuaran memotong kek sebagai gimik perasmian majlis itu.
JOISIN bersama tetamu jemputan serta jawatankua­sa GPM Daerah Tuaran memotong kek sebagai gimik perasmian majlis itu.
 ??  ?? (Gambar kanan) Exco Majlis Permuafaka­tan GPM Daerah Tuaran yang hadir pada majlis berkenaan.
(Gambar kanan) Exco Majlis Permuafaka­tan GPM Daerah Tuaran yang hadir pada majlis berkenaan.
 ??  ?? BARISAN GPM Daerah Tuaran bersama tetamu kehormat majlis berkenaan.
BARISAN GPM Daerah Tuaran bersama tetamu kehormat majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia