Utusan Borneo (Sabah)

Program Lawatan Muhibah

Skuad Uniti Daerah Ranau lawat Semporna

-

SEMPORNA:Skuad Uniti Daerah Ranau dan Kundasang menganjurk­an Program Lawatan Muhibah ke Daerah Semporna pada 24 hingga 25 November 2018.

Program disertai seramai 31 orang pengerusi dan AJK dari 19 kawasan Rukun Tetangga seluruh Daerah Ranau dan Kundasang.

Sebanyak lima buah kenderaan digunakan sepanjang program ini.

Program bermula jam 7.00 pagi, semua peserta berkumpul di Bangunan Persekutua­n Daerah Ranau dan diberi taklimat perjalanan keseluruha­n program yang disampaika­n oleh Pegawai Pengiring, Ahmad Ridzuan Bin Abdul Mutallib selaku Pegawai Perpaduan Daerah (PPD) Ranau dan Kundasang.

Konvoi memulakan perjalanan jam 7.30 pagi dan tiba di Daerah Semporna jam 7.00 malam. Peserta rombongan disambut oleh ahli Kawasan Rukun Tetangga Kampung Tampi-Tampi Daerah Semporna.

Peserta rombongan turut diraikan dengan tarian selamat datang oleh Jiran Muda KRT Kampung Tampi-Tampi.

Acara diteruskan dengan sesi ramah mesra dan bertukar ucapan di antara Ahmad Ridzuan Bin Abdul Mutallib, PPD Ranau dan Mohd Lukman Syarifuddi­n selaku PPD Semporna.

Selepas itu acara diteruskan dengan makan malam, sesi karaoke dan rehat.

Pada hari Ahad pula, ahli SkuadUniti­Ranaumemul­akan aktiviti menjelajah pulau di sekitar Semporna. Ahli skuad Uniti melawat dua pulau iaitu Pulau Sibuan dan Pulau Boheydulan­g. Seterusnya peserta rombongan kembali dan meronda kawasan Pekan Semporna.

Peserta Konvoi memulakan perjalanan balik jam 4.00 petang dan bertolak ke Lahad Datu. Selepas makan malam di Lahad Datu, peserta meneruskan perjalan dan tiba di Ranau pada jam 1.00 pagi.

Objektif program ini adalah untuk mempromosi perpaduan di samping memberi ruang kepada ahli Skuad Uniti Daerah Ranau untuk berkenal-kenalan bagi memperkuku­hkan hubungan silaturahi­m di antara semua ahli.

Program ini juga dapat memberi peluang kepada peserta untuk melawat kawasan luar Daerah Ranau bagi mendapat pengalaman mengadakan konvoi serta bertemu dengan rakan-rakan Kawasan Rukun Tetangga daerah lain.

Objektif program ini adalah untuk mempromosi perpaduan di samping memberi ruang kepada ahli Skuad Uniti Daerah Ranau untuk berkenal-kenalan bagi memperkuku­hkan hubungan silaturahi­m diantara semua ahli.

 ??  ?? PESERTA menaiki perahu ke Taman Marin Tun Sakaran.
PESERTA menaiki perahu ke Taman Marin Tun Sakaran.
 ??  ?? SKUAD Uniti bergambar kenangan sebelum memulakan perjalanan.
SKUAD Uniti bergambar kenangan sebelum memulakan perjalanan.
 ??  ?? Skuad Uniti bergambar di hadapan Taman Marin Tun Sakaran.
Skuad Uniti bergambar di hadapan Taman Marin Tun Sakaran.
 ??  ?? JEJAK PERPADUAN
JEJAK PERPADUAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia