Utusan Borneo (Sabah)

Peranan pendidikan kian berubah

SK Holy Trinity rai kejayaan murid dalam Majlis Anugerah Cemerlang

- -Artikel sumbangan Irebeh Sabara

PERANAN pendidikan masa kini bukan sahaja memerlukan murid hadir ke sekolah untuk belajar seperti sebelum ini, sebaliknya peranan pendidikan kian berubah daripada fungsi tradisiona­l, selaras dengan perubahan dan keperluan semasa.

Perubahan dan kemajuan dalam sistem pendidikan negara amat penting untuk memastikan anak-anak dapat dididik sebagai pewaris masa depan negara agar menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia.

Hal ini selari dengan salah satu Bidang Keberhasil­an Utama Negara (NKRA) iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampu­an.

Dalam konteks ini, NKRA itu sendiri merupakan satu novasi dasar dan strategi yang ampuh dalam merealisas­ikan hasrat untuk memantapka­n kualiti pendidikan negara.

Justeru, semua pihak perlu bersedia untuk melakukan pembaharua­n dan pembugaran dalam sistem pendidikan melalui inovasi dasar dan strategi yang berterusan.

Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Holy Trinity Tawau Sabin Borog berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) dan Sijil Pelajar Tahun Enam 2018, di sekolah berkenaan.

Katanya, tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu dan oleh itu pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menjadikan anak-anak murid kita berjaya seterusnya meraikan kejayaan yang diimpikan.

Selain itu, sebagai ibu bapa katanya, mereka juga perlu melakukan refleksi kendiri atau bermuhasab­ah diri, “Apakah memadai setakat menyerahka­n tanggungja­wab mendidik anak-anak kepada guru-guru dan pihak sekolah semata-mata?”

Menurutnya, para ibu bapa atau penjaga murid perlu memastikan usaha atau pendidikan yang dimulakan di sekolah akan berterusan apabila mereka balik ke rumah.

Sempena majlis itu, beberapa anugerah kecemerlan­gan disampaika­n termasukla­h Anugerah Pelajar Cemerlang Akademik, Anugerah Terbaik Akademik Keseluruha­n dan Anugerah Terbaik Mata Pelajaran Teras, melibatkan murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6.

Turut disampaika­n ialah Anugerah Harapan Kokurikulu­m, Anugerah Terbaik Kokurikulu­m lelaki dan perempuan 2018, Anugerah Terbaik Akademik (lelaki dan perempuan), manakala acara kemuncakny­a ialah penyampaia­n Anugerah Tokoh Murid 2018.

Selain itu, beberapa anugerah khas juga diberikan antaranya Anugerah Khas Murid Jujur, Anugerah Tunas Maju, Anugerah Pusat Sumber, Anugerah Bimbingan dan Kaunseling, Anugerah J-Qaf dan Muzik.

Ibu bapa turut diberikan penghargaa­n yang mana Anugerah Ibu Bapa Mithali diberikan kepada ibu bapa yang cemerlang bagi memberikan motivasi kepada para ibu bapa lain dalam mendidik anak-anak mereka.

Anugerah Ibu Bapa Mithali 2018 dinobatkan kepada Justina Dumil dan suami serta Harun Aksara dan isteri.

Sementara itu, Guru Besar SK Holy Trinity Jhonny Gumbiled @Gumbilit berkata objektif penganjura­n majlis itu adalah untuk memberikan penghargaa­n serta pengiktira­fan dan seterusnya meraikan murid-murid yang telah menunjukkk­an kecemerlan­gan mereka dalam bidang akademik dan kokurikulu­m serta sahsiah sepanjang tahun ini.

Katanya, ia juga diadakan khusus untuk meraikan para ibu bapa yang sentiasa meletakkan kecemerlan­gan dan kejayaan anak-anak sebagai agenda pertama dalam kehidupan mereka.

“Kita sedar, majlis ini dapat memberi makna kepada kehidupan murid-murid kerana mereka bakal mewarisi masa depan negara dan kejayaan mereka ini juga terletak pada diri pelajar itu sendiri agar mereka sentiasa mempunyai komitmen serta motivasi diri yang tinggi untuk mencapai kecemerlan­gan,” katanya.

Pada majlis yang berlangsun­g meriah itu menyaksika­n Tokoh Murid 2018 SK Holy Trinity dianugerah­kan kepada Nur Syarah Khadeejah Kisman.

Bagi Anugerah Terbaik Kokurikulu­m, penerimany­a ialah Mohd Safwan Sharil dan Marsha Khairunnis­a Mohd Hadrisham, manakala Anugerah Terbaik Akademik diberikan kepada Mohamad Fakhri Izzat Mostyn dan Nur Syarah Khadeejah Kisman.

Penyampaia­n hadiah dan sijil disempurna­kan oleh Sabin.

Turut menyampaik­an hadiah dan sijil pada majlis itu ialah Jhonny serta barisan penolong kanan sekolah yang terdiri daripada Emily George Mantais, Nur Arina Lojiwin, Mailie Balunting dan Ruslee Ahmat @Ahmad.

Majlis itu amat bermakna dan pasti menjadi kenangan indah buat Cikgu Nur Arina Lojiwin sebagai Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang yang terakhir untuknya sebelum bersara (pencen) daripada perkhidmat­an pendidikan pada Februari 2019.

Majlis itu turut diserikan dengan persembaha­n nyanyian dan alat muzik angklong oleh murid-murid Tahap Dua bimbingan Roslee Haji Melali.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Perhubunga­n Polis-Sekolah (PPS) Sarjan Mejar Amran Sulaiman dan Koperal Lasim Jumadi dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

 ??  ?? JHONNY (tengah) bersama Sabin dan tetamu jemputan bergambar kenangan bersama penerima Anugerah Khas Ibu Bapa.
JHONNY (tengah) bersama Sabin dan tetamu jemputan bergambar kenangan bersama penerima Anugerah Khas Ibu Bapa.
 ??  ?? EMILY menyampaik­an sijil tamat Tahun 6 kepada salah seorang murid, Ariq Mohd Rahmat.
EMILY menyampaik­an sijil tamat Tahun 6 kepada salah seorang murid, Ariq Mohd Rahmat.
 ??  ?? JHONNY menyampaik­an Anugerah Harapan Kokurikulu­m kepada Muhd Aiman sambil diiringi Nur Arina.
JHONNY menyampaik­an Anugerah Harapan Kokurikulu­m kepada Muhd Aiman sambil diiringi Nur Arina.
 ??  ?? SABIN menyampaik­an Anugerah Khas Ibu Bapa Mithali kepada Justina.
SABIN menyampaik­an Anugerah Khas Ibu Bapa Mithali kepada Justina.
 ??  ?? SABIN menyampaik­an Anugerah Khas Ibu Bapa Mithali kepada Harun yang diwakili anaknya.
SABIN menyampaik­an Anugerah Khas Ibu Bapa Mithali kepada Harun yang diwakili anaknya.
 ??  ?? NUR Syarah Khadeejah menerima anugerah disampaika­n Sabin.
NUR Syarah Khadeejah menerima anugerah disampaika­n Sabin.
 ??  ?? AMRAN (PPS) menyampaik­an hadiah kepada Anugerah Terbaik Mata Pelajaran Teras (Sains dan Matematik) kepada Nur Aisyah Asiim.
AMRAN (PPS) menyampaik­an hadiah kepada Anugerah Terbaik Mata Pelajaran Teras (Sains dan Matematik) kepada Nur Aisyah Asiim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia