Utusan Borneo (Sabah)

Suami isteri maut

Kereta dinaiki mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh pokok

-

SIBU: Sepasang suami isteri maut manakala seorang lelaki cedera parah dalam kemalangan membabitka­n sebuah kereta mewah di Batu 8, Jalan Tunku Abdul Rahman dekat sini sekitar jam 3.30 petang pada Rabu.

Kedua-dua mangsa maut berasal dari Sabah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan Hospital Sibu di tempat kejadian.

Difahamkan,keretaterb­abit dipercayai dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Sibu apabila hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh pokok di bahu jalan.

Menurut maklumat saksi di tempat kejadian, seorang wanita yang duduk di bahagian penumpang belakang tercampak keluar dari kereta manakala seorang mangsa lelaki tersepit di bahagian penumpang hadapan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superinten­den Martin Koo ketika dihubungi berkata, dua mangsa maut dikenali Ng Pan Tai, 65, (suami) dan Maria Theresa Simbajon Cua, warga Filipina (isteri) manakala seorang lagi penumpang lelaki berusia 71 tahun, cedera parah dan kini masih menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Sibu.

“Seorang lelaki tempatan berusia 68 tahun yang memandu kereta dinaiki mereka terselamat dengan hanya mengalami cedera ringan,” katanya.

Kedua-dua mayat diserahkan kepada pibak polis dan dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

Kes masih dalam siasatan polis di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Pemandu kereta terbabit ditahan di bawah Seksyen 112 APJ 1987 dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Sementara itu, pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah yang menerima panggilan kira-kira jam 3.47 petang bergegas ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan.

Mereka menggunaka­n peralatan menyelamat untuk

 ??  ?? KEADAAN kereta dinaiki pasang suami isteri yang terbabit dalam kemalangan di Batu 8 Jalan Tunku Abdul Rahman, Sibu, petang pada Rabu.
KEADAAN kereta dinaiki pasang suami isteri yang terbabit dalam kemalangan di Batu 8 Jalan Tunku Abdul Rahman, Sibu, petang pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia