Utusan Borneo (Sabah)

Jumlah kes rabies di Sarawak kini meningkat kepada 14 kes

-

KUCHING: Seorang lelaki berusia 21 tahun yang merupakan pesakit rabies ke-14 di Sarawak tidak mendapatka­n sebarang rawatan di fasiliti kesihatan selepas digigit anjing pada 4 Oktober lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, lelaki yang tinggal di Batu Tujuh, di sini juga tidak mencuci luka gigitan anjing tidak bertuan itu dan hanya membeli ubat sapu luka di farmasi.

“Dengan pengesahan terbaru ini, jumlah kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak sejak pengisytih­aran wabak pada 30 Jun 2017 adalah 14 kes, di mana 12 kes telah meninggal dunia, satu kes dirawat di rumah dengan komplikasi neurologi dan kes terbaharu ini masih dalam rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata pesakit mengalami sakit di bahagian belakang badannya pada 21 November lalu dan mengadu jatuh sakit sehari sebelum itu tetapi tidak memaklumka­n bahawa dirinya pernah digigit anjing.

Pesakithan­yamendapat­kan rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) apabila lemah pada kedua-dua belah kaki pada 24 November katanya, sambil menambah, kes rabies dalam kalangan manusia itu disahkan melalui ujian sampel klinikal pada Isnin.

“Pesakit dimasukkan ke wad dan pemeriksaa­n mendapati beliau mempunyai gejala hidrofobia (takut kepada air), aerofobia (takut kepada tiupan angin) dan kekeliruan.

“Pesakit kini sedang menerima rawatan dan dalam pemerhatia­n rapi pakar-pakar klinikal HUS,” katanya.

Sehingga 25 November 2018, Kerajaan Sarawak telah mengisytih­arkan 54 kawasan di 11 bahagian di negeri ini sebagai kawasan jangkitan rabies.

Hanya Limbang yang masih bebas rabies dalam kalangan haiwan.

“KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak komited dan akan memperting­katkan kerjasama dengan Kerajaan Sarawak, Jabatan Perkhidmat­an Veterinar serta agensi-agensi lain bagi memastikan langkahlan­gkah pencegahan dan kawalan jangkitan virus rabies dilaksanak­an secara menyeluruh,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia