Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki kerugian RM3,800 ditipu ‘wanita England’

-

SIBU: Hubungan mesra seorang lelaki dengan kenalan wanita dalam media sosial Facebook bertukar menjadi perangkap penipuan yang menyebabka­n kerugian berjumlah RM3,800.

Pengadu, 40, seorang operator kilang di sini, mula berkenalan dengan Zara Zulaiqha yang kononnya dari England.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak Superinten­den Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, suspek telah memaklumka­n bahawa pengadu akan menerima hadiah melalui aplikasi WhatsApp.

Katanya, pada 8 November, suspek memberitah­u mangsa bahawa dia mengirim baju, minyak wangi, jam dan wang tunai kepada pengadu.

“Lima hari kemudian, pengadu telah menerima panggilan telefon daripada seorang wakil syarikat penghantar­an barang dikenali sebagai Miss Mei memaklumka­n barang yang dialamatka­n kepadanya dari England telah sampai di Kuala Lumpur dan mangsa perlu membayar insurans sebanyak RM3,800 terlebih dahulu sebelum dihantar kepada mangsa,” katanya.

Menurut Mustafa, suspek (Zara) juga berjanji untuk mengembali­kanwangter­sebut apabila barang sampai kepada pengadu.

Terperdaya dengan katakata itu, pengadu telah memasukkan wang ke dalam akaun bank atas nama seorang lelaki melalui mesin simpanan tunai.

“Apabila mangsa gagal menghubung­i Miss Mei, baharulah dia menyedari telah ditipu dan barangan kiriman itu juga tidak wujud,” tambah beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia