Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat perlu mengenetep­ikan perbezaan politik, kata Dr Rayong

-

LIDONG, Betong: Rakyat perlu mengenetep­ikan perbezaan politik terutama yang menyentuh isu perkauman dan menjurus kepada perpecahan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa berkata, setiap rakyat di negeri ini dijamin hak bercakap, berpolitik dan menyokong parti namun biarlah sokongan tersebut untuk pembanguna­n Sarawak secara amnya.

“Saya selaku Adun dan wakil rakyat mewakili kerajaan negeri menyeru kita semua bersatu dan bekerjasam­a di bawah kerajaan pimpinan Ketua Menteri Abang Johari dan barisan kabinetnya untuk mengangkat suara Sarawak menjadi lebih vokal di peringkat pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat serta perasmian jalan kampung dan tempat meletak kenderaan Rumah Dundang Empading, Tekalung Ili, Lidong pada Rabu.

Projek jalan di bawah projek MARRIS itu bernilai RM175,500 yang dijanjikan beliau semasa program ‘walkabout’ pada 6 Februari 2016 dan siap sepenuhnya baru-baru ini.

Katanya, ketika situasi politik semasa di Semenanjun­g belum stabil memaksa kita di Sarawak kekal bersatu dan berdiri teguh di belakang kepimpinan sedia ada.

“Kita harus menolak sama sekali kehadiran parti dan budaya yang cuba dibawa parti dari sebelah sana kerana budaya mereka sangat tidak sesuai dengan jiwa orang Sarawak yang cukup santun, menghormat­i kawan dan lawan serta menjunjung tinggi perpaduan,” tegasnya.

Menurut Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu (UPP) itu lagi, Abang Johari berada di landasan tepat bercakap tentang hak MA63 serta hak bayaran royalti hasil minyak dan gas bermula tahun depan.

“Kita harus mempunyai sumber kewangan kukuh untuk membiayai projek pembanguna­n memandangk­an peruntukan daripada pusat tahun depan hanya RM4.3 bilion sebaliknya semua negeri di Semenanjun­g mendapat RM24.3 bilion,” katanya.

“Setiap anak Sarawak harus menyahut seruan Abang Johari yang meniupkan sentimen ‘Sarawak First’ agar hak Sarawak terus terbela dan tidak berterusan dianaktiri­kan,” tegasnya sambil menambah, hanya penyatuan menjadikan permintaan Sarawak didengari.

Katanya, kuasa pentadbira­n Sarawak harus kekal milik anak Sarawak yang cukup memahami budaya, tradisi, keinginan serta hasrat seiring dengan jiwa anak-anak Bumi Kenyalang.

Bercakap lanjut, beliau menyaranka­n ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) menubuhkan Biro Pendidikan, Ekonomi dan Perpaduan selari dengan perkembang­an semasa.

“Tiga biro itu cukup penting terutama Biro Ekonomi bagi mengangkat sosioekono­mi penduduk dalam menghadapi kemeruduma­n harga tanaman komoditi yang turun mendadak sejak kerajaan bertukar tangan,” katanya.

Terdahulu, beliau memberitah­u bahawa jalan menuju ke Tabut, Kaung, Tisak dan kawasan sekitarnya akan dinaik taraf menjadi lebih baik.

 ??  ?? DR Rayong menurunkan tandatanga­n pada kain rentang sebagai simbolik perasmian jalan kampung dan tempat meletak kenderaan di Rumah Dundang, Tekalung Ili pada Rabu. Turut kelihatan Dundang (dua kanan) serta yang lain.
DR Rayong menurunkan tandatanga­n pada kain rentang sebagai simbolik perasmian jalan kampung dan tempat meletak kenderaan di Rumah Dundang, Tekalung Ili pada Rabu. Turut kelihatan Dundang (dua kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia