Utusan Borneo (Sabah)

STB sasar lima juta pelawat kunjungi Sarawak pada 2019

-

KUCHING: Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) menyasarka­n ketibaan lima juta pelawat ke negeri ini pada 2019.

Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif STB Sharzede Salleh Askor berkata menerusi Kempen Melawat Sarawak tahun depan, STB akan lebih menumpukan kepada ‘pelanconga­n yang bertanggun­gjawab’.

“Pelancong semakin mahukan agar perjalanan mereka memberi kesan dalam diri mereka, menumpukan kepada meluangkan masa dan membelanja­kan duit ke arah menyumbang secara terus kepada komuniti setempat dan melakukan perkara-perkara ke arah tanggungja­wab yang baik.

“Perkara seperti lawatan berbasikal di bandar yang mengurangk­an jejak karbon pelancong juga menjadi semakin popular,” katanya pada Malam STB Bersama Media di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Selasa.

Selainitu,Sharzedebe­rkata STB akan turut memainkan peranan mengurangk­an dan mengguna semula bahan buangan dalam acaranya, termasuk Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia.

“Misalnya, menjadikan bahan promosi lama sebagai beg tangan atau mengubah sisa makanan menjadi baja,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau berkata STB juga akan menumpukan kepada pelanconga­n pengalaman yang semakin meningkat di mana pelancong sekarang tidak mahu melakukan perjalanan sehari yang mudah.

“Mereka (pelancong) mahukan pengalaman yang lebih emosional dan menjadi ingatan yang kekal selamalama­nya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia