Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak sedia bantu tangani penyakit lada

-

KUCHING: Jabatan Pertanian Sarawak bersedia membantu dan bekerjasam­a dengan Lembaga Lada Malaysia (MPB) dalam usaha menangani isu penyakit lada di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, jabatan pertanian juga mempunyai rekod dalam penyelidik­an lada sebelum diambil alih oleh MPB.

“Kita dimaklumka­n MPB di Sarawak hanya mempunyai 44 pegawai stesen seluruh negeri dan kita tahu bukan senang untuk merekrut tenaga kerja.

“Maka saya ingin membincang­kan perkara ini bersama Yang Berhormat Menteri Industri Utama (Teresa Kok) kerana Jabatan Pertanian Sarawak mempunyai tenaga kerja yang ramai dari Lundu hingga ke Limbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menghadiri Dialog Awam Bersama Pemegang Taruh dan Penggiat Industri Lada yang dihadiri Kok dan Pengerusi MPB Larry Sng di sini, malam pada Selasa.

Uggah menjelaska­n, isu penyakit lada telah merebak di seluruh negeri ini dan menurut anggaran MPB, ia mengalami kerugian yang amat besar disebabkan perkara itu.

Selainituk­atanya,antarayang­perlu dilihat kementeria­n melalui MPB juga adalah berkaitan penggunaan jenama Lada Sarawak oleh pihak tidak bertanggun­gjawab.

Katanya ia merupakan isu yang harus diberi perhatian memandangk­an Lada Sarawak merupakan antara lada kelas pertama dunia, tetapi ada yang mengambil kesempatan menggunaka­n jenama itu.

“Mereka meletakkan nama Lada Sarawak tetapi dalam produk yang dijual itu adalah lada dari tempat lain dan tidak sama kualiti dengan Lada Sarawak,” tegasnya maka adalah berbaloi jika harga Lada Sarawak tinggi.

Beliau dengan itu berharap MPB akan lebih ketat dari segi peraturan berkenaan bagi mengelakka­n masalah itu terus berleluasa.

Uggah pada masa yang sama mencadangk­an kepada Menteri Industri Utama supaya menubuhkan jawatankua­sa antara kedua-dua kementeria­n.

“Ini supaya apa-apa masalah yang melibatkan komoditi dapat berbincang bersama demi kepentinga­n penggiat industri terutama pekebun dalam menangani semua masalah dihadapi,” katanya.

Beliau juga menggesa kepada kementeria­n agar menyediaka­n sistem bantuan atau jaringan keselamata­n sosial kepada penanam lada semasa harga komoditi itu turun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia