Utusan Borneo (Sabah)

Hanya 30% ibu susukan bayi mereka

Masih ketinggala­n jauh daripada sasaran kebangsaan iaitu 50 peratus, kata Jenifer

- Oleh JOHN TAMBANAN

PENAMPANG: Peratusan ibu yang menyusukan bayi mereka secara ekslusif untuk enam bulan pertama pada tahun lepas (2017) hanya 30 peratus, masih ketinggala­n jauh daripada sasaran kebangsaan iaitu 50 peratus.

Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang berkata, seperti yang dimaklumi, susu ibu dihasilkan untuk pertumbuha­n dan perkembang­an bayi.

Katanya bukti penyelidik­an mengenai nilai penyusuan ibu, untuk ibu dan bayi mereka sangat menarik.

“Bukti ini semakin meningkat sepanjang masa. Sama pentingnya, penyusuan susu ibu memberikan pengalaman ikatan awal yang unik untuk bayi dan ibu mereka. Ini menyumbang kepada pembanguna­n psikologi, emosi dan sosial bayi,” katanya.

Beliau berkata demikian

“Seperti yang kita semua tahu, farmasi adalah salah satu penyedia nasihat profesiona­l penjagaan kesihatan pertama untuk ibu-ibu baharu dalam ” masyarakat. JENIFER LASIMBANG Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi

ketika merasmikan cawangan Sunlight Pharmacy (Farmasi Sunlight) yang ke-15 di Sabah, bertempat di Pekan Donggongon, di sini pada Khamis.

Farmasi Sunlight turut mengambil bahagian dalam satu projek peningkata­n kesihatan masyarakat Sunlight, yang mempromosi­kan penyusuan susu ibu.

Jenifer berkata, walaupun secara semulajadi, penyusuan susu ibu juga merupakan kemahiran yang perlu dipelajari oleh ibu dan bayi, dan ia datang dengan kesulitan.

“Ini adalah salah satu faktor utama yang menyumbang

kepada kadar penyusuan rendah di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, sokongan kepada ibu memainkan peranan penting untuk membina budaya penyusuan, di mana komuniti farmasi tampil bersama dengan penyusuan susu ibu tempatan yang menyokong kumpulan dari Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA).

“Seperti yang kita semua tahu, farmasi adalah salah satu penyedia nasihat profesiona­l penjagaan kesihatan pertama untuk ibu-ibu baharu dalam masyarakat.

“Mereka menemui ahli farmasi untuk mendapatka­n nasihat bagi bayi mereka yang baru lahir, mencari formula yang sesuai untuk bayi mereka dan banyak masa menyatakan kebimbanga­n serta masalah mereka ketika menyusukan bayi mereka.

“Kita perlu memastikan ahli farmasi kita menyediaka­n maklumat terkini, sokongan yang mencukupi dan rujukan segera apabila diperlukan,” katanya.

Jenifer bersyukur mengetahui bahawa Farmasi Sunlight adalah farmasi yang menyokong penyusuan susu ibu.

Katanya mereka tidak hanya menyatakan bahawa mereka menyokong penyusuan, tetapi membuktika­nnya dengan tindakan mereka.

Menurutnya, baru-baru ini beliau telah menghadiri satu acara kebangsaan bersama Farmasi Sunlight dalam menyokong penyusuan susu ibu, The Big Latch, Malaysia Book of Records.

“Ia mengejutka­n saya mengenai berapa banyak usaha yang mereka mahu labur supaya penyusuan susu ibu dapat memberi manfaat kepada lebih banyak bayi.”

Katanya, Farmasi Sunlight membina sekutu yang kuat dengan sokongan penyusuan tempatan KKIA, serta kumpulan sokongan kebangsaan, contohnya World Alliance for Breastfeed­ing Action (WABA). Mereka tahu di mana untuk merujuk ibu-ibu yang ada keperluan.

“Saya sangat gembira hari ini untuk menyaksika­n komitmen Farmasi Sunlight terhadap pembinaan budaya penyusuan di Malaysia,” katanya sambil mengucapka­n tahniah kepada syarikat farmasi berkenaan.

 ??  ?? JENIFER (tengah) menurunkan tandatanga­n pada plak Farmasi Sunlight di Pekan Donggongon.
JENIFER (tengah) menurunkan tandatanga­n pada plak Farmasi Sunlight di Pekan Donggongon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia