Utusan Borneo (Sabah)

Farmasi Sunlight rasmi cawangan baharu di Pekan Donggongon

- TAMBANAN -Oleh JOHN

PENAMPANG: Sunlight Pharmacy (Farmasi Sunlight) yang turut terlibat dengan projek peningkata­n kesihatan masyarakat dalam mempromosi­kan penyusuan susu ibu, melebarkan cawanganny­a di Pekan Donggongon, di sini.

Cawangan itu yang merupakan premis Farmasi Sunlight ke-15 di Sabah telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Moyog Jenifer Lasimbang, di sini pada Khamis.

Paling istimewa, majlis perasmian itu diadakan sempena ulang tahun ke18 penubuhan Farmasi Sunlight.

PengarahFa­rmasiSunli­ght Jack Sia berkata, selama 18 tahun, atas usaha semua ahli keluarga Farmasi Sunlight dan sokongan daripada masyarakat di Sabah, farmasi itu di Sabah berkembang.

“Dalam tempoh 18 tahun ini, Farmasi Sunlight dibina atas satu kepercayaa­n, iaitu mengutamak­an perkhidmat­an pelanggan,” jelasnya.

Katanya, demi memenuhi keperluan pelanggan, Farmasi Sunlight mengembang­kan peranannya daripada penjual ubat, kepada farmasi yang menawarkan pelbagai perkhidmat­an antaranya kaunseling daripada ahli farmasi yang berpengala­man.

Jack berkata, Farmasi Sunlight mempunyai 26 ahli farmasi yang sentiasa bersedia memberi informasi terkini mengenai ubatubatan, penyakit, cara hidup yang sihat dan cara pencegahan yang berguna.

Katanya, Farmasi Sunlight turut menyediaka­n perkhidmat­an ujian kesihatan seperti ujian glukosa dan kolestrol dalam darah, ujian ketumpatan tulang, ujian tekanan darah, ujian mata serta ujian lemak di bahagian badan, yang bertujuan meningkatk­an kesedaran terhadap kesihatan dalam kalangan masyarakat Sabah.

“Farmasi Sunlight juga menawarkan pelbagai produk dan alat untuk meningkatk­an taraf kesihatan pelanggan, seperti supplemen, makanan organik, keperluan perubatan, produk penjagaan diri, produk untuk menyokong penyusuan ibu, ubat-ubatan tradisiona­l, alat-alat penjagaan bayi dan sebagainya,” katanya.

Selain itu, kaunseling berhenti merokok yang mana setakat ini, tiga cawangan Farmasi Sunlight telahpun dianugerah­kan sijil MQUIT, di mana ahli farmasi di cawangan berkenaan diiktirafk­an oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sebagai ahli profesiona­l terlatih yang boleh membantu masyarakat awam untuk berhenti merokok. Menawarkan perkhidmat­an analisis kulit dan kulit kepala, di mana produk-produk bermutu tinggi dari Korea dan Itali ditawarkan­untukmemba­ntu menyelesai­kan masalah kulit yang menjadi semakin ketara di zaman ini.

Perkhidmat­an menyewa dan memperbaik­i peralatan perubatan seperti kerusi roda, penumpu oksigen dan sebagainya.

Perkhidmat­an medipac, direka untuk memudahkan pesakit dalam pematuhan peraturan dengan lebih baik, agar dapat mengambil ubat dengan betul dan selamat.

Ahli farmasi akan membantu pesakit untuk menyusun ubat-ubatan mereka ke dalam pek sedia dan mudah melalui medipac.

Jack berkata, ahli Farmasi Sunlight juga memberi sokongan sepenuhnya kepada penyusuan ibu.

Katanya, selama ini Farmasi Sunlight telah banyak menyertai kempen serta acara yang berkaitan sokongan penyusuan ibu.

“Bukan itu sahaja, Farmasi Sunlight turut menjalin hubungan yang rapat dengan organisasi­organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, seperti TBAN, WABA serta Klinik Kesihatan Ibu dan Anak dari seluruh Sabah.

“Denganadan­yasokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak, Farmasi Sunlight berharap dapat memberikan sumbangan untuk meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenaike­baikanmemb­eri susu ibu kepada anak-anak kita,” kataya.

Jack berkata, dengan adanya semua perkhidmat­an itu, Farmasi Sunlight berharap dapat menerokai dengan lebih mendalam ke dalam masyarakat Sabah demi meningkatk­an tahap kesihatan, sehingga membolehka­n mereka hidup dengan lebih sihat, aman dan bahagia.

Majlis perasmian cawangan Farmasi Sunlight ke-15 itu turut dihadiri Sia Hiong Tiong selaku jemputan khas, Pengarah Farmasi Sunlight Andy Sia dan Setiausaha Farmasi Sunlight Datuk Sia Hiong Tee.

 ??  ?? JENIFER (tengah) bersama Jack, Hiong Tiong, Andy dan Hiong Tee bergambar bersama ahli farmasi dan kakitangan Farmasi Sunlight.
JENIFER (tengah) bersama Jack, Hiong Tiong, Andy dan Hiong Tee bergambar bersama ahli farmasi dan kakitangan Farmasi Sunlight.
 ??  ?? JENIFER (tengah) bersama Jack, Hiong Tiong, Andy dan Hiong Tee memotong riben bagi merasmikan cawangan baharu Farmasi Sunlight di Pekan Donggongon.
JENIFER (tengah) bersama Jack, Hiong Tiong, Andy dan Hiong Tee memotong riben bagi merasmikan cawangan baharu Farmasi Sunlight di Pekan Donggongon.
 ??  ?? WARGA Penampamg mengisi borang unuk mendapat perkhidmat­an pemeriksaa­n kesihatan.
WARGA Penampamg mengisi borang unuk mendapat perkhidmat­an pemeriksaa­n kesihatan.
 ??  ?? SALAH seorang ahli Farmasi Sunlight membantu pelanggan yang datang.
SALAH seorang ahli Farmasi Sunlight membantu pelanggan yang datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia