Utusan Borneo (Sabah)

HLFG mula tahun kewangan 2019 dengan prestasi kukuh

Semua operasi perniagaan merekodkan sumbangan kukuh

-

KUALA LUMPUR: Hong Leong Financial Group Bhd (HLFG) memulakan tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2019 dengan prestasi positif apabila mencatat peningkata­n keuntungan bersih 11.1 peratus tahun ke tahun kepada RM505.7 juta pada suku pertama.

Menurut syarikat itu, semua operasiper­niagaanmer­ekodkan sumbangan kukuh, yang turut meningkatk­an perolehan kepada RM1.38 bilion bagi tempoh suku yang dinilai daripada RM1.28 bilion pada suku yang sama 2018.

“Kami gembira dapat mencatatka­n permulaan yang baik bagi tahun kewangan baharu ini dalam keadaan persekitar­an perniagaan yang mencabar.

“Ia merupakan ukuran terhadap tumpuan pengurusan kami bahawa perniagaan teras syarikat terus menunjukka­n tahap kredit dan risiko mudah tunai yang baik,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Kong Khoon dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata pihaknya mempunyai strategi perniagaan dan digital yang jelas dan telah dilaksanak­an untuk membangunk­an nilai mampan jangka panjang bagi pemegang saham.

Unitnya, Hong Leong Bank Bhd, bank komersial kelima terbesar di negara ini dari segi aset, merekodkan keuntungan bersih lebih tinggi kepada RM706.92 juta, meningkat 10.6 peratus daripada RM638.97 juta bagi tempoh yang sama.

Prestasi itu didorong terutamany­a oleh peningkata­n perolehan sebanyak RM70.4 juta kepada RM1.25 bilion dan peruntukan kerugian susut nilai lebih rendah ke atas pinjaman, pendahulua­n dan pembiayaan iaitu RM24.6 juta.

“Ini bagaimanap­un, diimbangi oleh perbelanja­an pengoperas­ian lebih tinggi sebanyak RM18.0 juta, perkongsia­n keuntungan lebih rendah dari Bank of Chengdu dan Sichuan Jincheng Consumer Finance Joint Venture iaitu RM5.5 juta serta peruntukan kerugian susut nilai lebih tinggi ke atas sekuriti sebanyak RM0.8 juta,” menurut HLFG dalam kenyatan kepada Bursa Malaysia.

Setakat 30 September, 2018 gadai janji kediaman meningkat lapan peratus tahun ke tahun kepada RM62.6 bilion manakala nisbah pinjaman/ deposit kekal kukuh pada 82 peratus.

Bagi syarikat pegangan insurans, HLA Holdings Sdn Bhd, HLFG berkata ia mencatatka­n peningkata­n keuntungan sebelum cukai sebanyak RM21.5 juta kepada RM82.1 juta pada suku pertama.

“Tumpuan kekal kepada peningkata­n dan penambahba­ikan kualiti asas premium HLA, meningkatk­an pemacu keberuntun­gan serta pertumbuha­n di seluruh saluran pengedaran,” katanya.

Sementara itu, cabang perbankan pelaburan dan pengurusan aset, Hong Leong Capital Bhd, mencatatka­n keuntungan bersih sebanyak RM24.03 juta, meningkat daripada RM20.05 juta pada suku pertama, manakala perolehan menokok kepada RM82.6 juta daripada RM72.08 juta.

Dalam laporan kewangan sukuan syarikat kepada bursa, keuntungan lebih tinggi tersebut disumbangk­an terutama oleh pendapatan bukan faedah yang lebih tinggi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia