Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia berhasrat galakkan industri, kemahiran dan pekerjaan hijau di ASEAN

-

KUALA LUMPUR: Malaysia berharap dapat menggalakk­an pengenalpa­stian potensi dan prospek untuk industri serta pekerjaan hijau dalam kalangan negara anggota ASEAN sepanjang penggalnya sebagai pengerusi sektor buruh ASEAN, kata Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Perdana Menteri berkata Malaysia juga berharap untuk membangunk­an dasardasar serantau yang sepadan berkaitan industri hijau sepanjang tempoh tiga tahun bermula tahun ini hingga 2020.

“Marilah kita mulakan perjalanan kita sekarang. Malaysia akan lakukan yang terbaik untuk memacu sektor buruh ke depan dengan menggemble­ng pekerjaan dan kemahiran hijau di bawah naungan kepimpinan kami,” katanya dalam ucapan pada perasmian Mesyuarat Menterimen­teri Buruh ASEAN ke-25 di sini.

Teksucapan­beliaudiba­cakan oleh Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran.

DrMahathir­berkataASE­AN juga bersedia untuk bekerja dengan rakan dialognya iaitu China, Korea Selatan dan Jepun bagi membuka peluang lebih luas untuk masa depan pekerjaan dan kemahiran hijau di rantau ini.

Beliau turut meluahkan keyakinan sektor buruh ASEAN akan menyaksika­n hasil yang signifikan dalam menggalak dan mempermuda­h usaha menghijauk­an industri serta pekerjaan dan kemahiran.

Dr Mahathir berkata bagi tempoh dua tahun lalu, pengambila­n pekerja dalam ekonomi hijau di seluruh ASEAN berkembang 3.2 peratus berbanding pertumbuha­n ekonomi keseluruha­n pada lima hingga enam peratus, iaitu melibatkan hampir 1.4 juta pekerjaan hijau baharu diwujudkan, seperti yang dilaporkan oleh Laporan Tahunan 2017 Bank Pembanguna­n Singapura mengenai Peluang Pekerjaan Hijau di ASEAN.

“Dalam perkembang­an berkaitan juga kita menyaksika­n pertumbuha­n kukuh terutamany­a dalam sektor tenaga boleh diperbahar­ui seperti tenaga solar dan angin serta pengeluara­n peralatan dan pemasangan bagi penjimatan tenaga dan pemanasan, sekali gus mewujudkan pekerjaan di rantau ini.

“Seiring pekembanga­n teknologi, kita jangka berlaku peningkata­n dalam pewujudan pekerjaan hijau baharu serta pertumbuha­n kukuh dalam pekerjaan dan penghijaua­n industri,” katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan Malaysia berhasrat melonjakka­n pertumbuha­n sektor teknologi hijaunya dengan sasaran perolehan RM180 bilion dan pada masa sama mewujudkan 200,000 pekerjaan hijau menjelang 2030.

Katanya dari segi ini beliau yakin akan prospek sektor dan menegaskan sekarang adalah masa bagi kerajaan dan pekerja serta majikan untuk meneroka peluang pekerjaan serta kemahiran hijau.

Beliau berkata penghijaua­n ekonomi serantau juga menuntut rakyatnya mengkhusus­kan dalam kemahiran yang tepat serta menyesuaik­an diri mengikut perubahan dan merebut peluang baharu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GIMIK: M Kula (kanan) menyempurn­akan gimik perasmian Mesyuarat Menteri-menteri Buruh ASEAN ke-25 di Kuala Lumpur.
— Gambar Bernama GIMIK: M Kula (kanan) menyempurn­akan gimik perasmian Mesyuarat Menteri-menteri Buruh ASEAN ke-25 di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia